Rss Feed

Kek HaRi JadI


Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu."Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain.

Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu

:"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH

JenaKa Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Sugar Bun

Erm ... salam semua .. beberapa hari lepas aku ngan wan mencari tempat makan... nak makan nasi lah ... tapi tempat yang dekat ialah segar bun... erm yer la malas nak jalan jauh tetambah lapar lak ... ni gambra masa di sugar bun tengok2 lah yer huhuhu
Kenyang aku!!!

Menu Makanan


Ushar awkes Ker!!!
pas makan biasa la ... duk termenung la sajer nak tgu langit jatuh...hua hua hua
ok bye




liRiK & ViDeo LaGu BaiLamOs

Esta Noche Bailamos
De Noite - da mi
vidaQuedate conmigo
Tonight we dance
I leave my life in your hands
We take the floor
Nothing is forbidden anymore
Don't let the world in outside
Don't let a moment go by
Nothing can stop us tonight
(Chorus )
Bailamos - let the rhythm take you over
BailamosTe quiero amor mio - Bailamos
Wanna live this night forever - bailamos
Te quiero amor mio - Te quiero
Tonight I'm yours
We can make it happen I'm so sure
I won't let it go
There is something I think you should know
I won't be leaving your side
We're going to dance through the night
I want to reach for the stars
( Chorus )
Bailamos - let the rhythm take you over Bailamos
Te quiero amor mio - Bailamos
Wanna live this night forever - Bailamos
Te quiero amor mio - Te quiero
Tonight we dance
Like no tomorrow
If you will stay with me
Te quiero mi amor
Quidate conmigo
Esta noche - bailamos
Bailamos - let the rhythm take you over Bailamos
Te quiero amor mio - Bailamos
Wanna live this night forever - Bailamos
Te quiero amor mio Bailamos
Como te quiero
Como te quiero
Como te quiero

10 ReSePi Kekuatan Cinta


1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apayang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejatiterlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamumenunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

sehari di kuching

adusss....... pnat gak hari ni ... yer la seharian berjalan-jalan d kuching...erm dahtu awl pagi lak...nak kuar ngan sapa lg mesti la kuar ngan wan. kalu tak silap sampai kuching awl gak jam 9.00 pagi. dah la hari ahad.Kita orang kuar ke kuching selepas pulang dari umah abg iparnya... so sblm balik singgah la ... lg pun dah lama tak turun ke bandar. dah sampai pasar, pergi la medan pelita ingat kan nak tengok wayang tapi kan ... wayang paling awl 11.30 pg... adus dah buntu lak tu... tak tau nak buat apa... so kita ptang gi la melepak kat waterfront...

Teringin lak nak main boling so pergi la kat parkson .... bila dah sampai .. ader ker patut dia cakap penuh... mana taknya ader ... aer prtandingan ... nasib malang nyer ari ni...Bila teringat kat pakson ader wayang so pergi la kat tingkat 4... tpi tak bukak lg ... yer la mgn awl kot...kalu tak silap jam 12.00 tgh ari baru leh tgk kot... erm apa lagi ... melanguk lerrrrrrrr

ala cover macho 2 jejaka huhuhu

Erm pastu gi la MacD ... nak makan sementara abiskan masa... tapi nasib malang gak... mintak aiskrim dia cakap lum ader lagi ... mintak la burger pun takder ... cuma ader sarapan pagi jer ... malang gak yer ... tapi apa kan daya ... gi la gak makan...


Senyum jer ker !!! kat medan pelita

dah kenyang lak pulak .. . malas nak nak jalan. .. tapi disebabkan nak tgk wayang jalan la gak.. citer yang kita org tgk ni citer Eden Lake... tgk kat medan pelita... mula-mula boring gak jalan citer ni ... tapi pastu kejam .... berlaku pembunuhan dilakukan budak remaja... kejam oooo.... terasa ksakitan badan aku tau ... tak taha aku tgk... apa lagi korang semua gi la tgk..


so sweet

tu la ajer nanti sambung ok

hi

hi salam sejahtera semua .. dah lama mentepi kini aku kembali untuk menulis warkah... erm mgn tak banyak idea tu pasal aku diam jer .. tetambah blog ni ader masalah ngan gambar benggang aku .. erm mgu in aku berada di rumah wan dah hampir seminggu gak .. tapi wan ckp ... mgu ni mcm dingin jer ... entah la aku pun kurang mood, tetambah dia lak kerja ... so bla dia balik dia kurang nak layan aku .. aku pun consider la mybe lth .. ok la biasa la org kerja huhuhu... tapi takper dia org yang aku sayang so tak leh buat apa2 la ... kna la jaga btul2 huhuhuhu.... erm tugasan n work aku lak tu banyak ... tak tau la bila nak buat tetambah tugasan group... group aku tu lak tak tau nak ckp tgu la last minit ....

MisTeri KaPal NaBi NuH

Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.
Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan 'rahsia2' penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud 'Gunung Kesengsaraan'atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.
Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'mahaberharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa pelbagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yangtelah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri.
Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar-benar berada di puncak Mt .Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya.

Samalah The Great Noah Ark itu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman mereka sudah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan utk menyadurkan logam.
Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C
Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat, "Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)
Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq.
Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang orang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia, Iran dan Turkey".
Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau dilihat CNN hari ini pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak-puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey.

Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.

Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan

ValenTine Day..



salam.... apa khabar semua???? so cam maner ngan valentine day korang??? Hari ni hari yang membahagiakan aku.. Walaupun aku ni umat islam yang x sepatutnya menyambut kehadiran hari kekasih ini, tapi mana kan daya, aku telah menerima pelbagai teks ucapan msg dari rakan2 ku melalui Tagged, Sms, & bercaman2 cara.. Yang paling membuatkan aku bahagia, aku telah menerima hadiah dari sahabatku ini.. apa2 pun ceriakan hari2 anda dengsn senyuman. salam sayang dari aku, wan..

Hadiah Valantine

CinTa SeJati

Puisi adalah ungkapan hati sanubari...
Aku mengibaratkan diri ini laksana burung Merpati yang terbang diatas samudra luas...
Dengan sayap terluka dan nyaris patah...
Tiada ranting untukku hinggap...
Tak ada bumi untukku berpijak....
Hanya langit nun jauh diatas sana yang tak bisa kugapai....
Cinta sejati yang selama ini kubina musnah bersama angin...
Terbawa terbang ke negeri antah berantah...
Kucoba menguak tabir yang menyelimuti diri...
Tuk kembali mendapati cinta sejati...

Cinta Padamu



Romansa telah lalu
Walau baik adanya
Kejujuran sering melukai
Ada kecewa di hati
Bolehkah kuungkap semua
Takut, kutakut lebih terluka
Kusadar aku bukan sempurna
Biar semua tertahan di hati
Bukan untuk disesali
Biarlah jadi ilham di hati
Semoga aku lebih baik lagi
Aku masih percaya kamu cinta sejatiku

MiStErI SeGI TiGA BerMuDa

Tidak semua pertanyaan ada jawapannya. Demikian pula dengan sejumlah peristiwa dan fenomena alam di bumi ini. Tidak semua boleh dijelaskan. Bagi anda yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat anda. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang dapat dihuraikan. Kisah misterinya bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut dicatakan oleh pelayar terkenal iaitu Christopher Columbus.

Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia barunya, Amerika Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di Segitiga Bermuda. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya berubah berkali-kali. Padahal cuaca pada hari itu sangat baik.


Lebih dari itu, tidak jauh dari kapalnya, pada suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.


Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui 'suasana' yang tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung, kerana mendapat 'pertunjukkan'. Lain dengan kapal-kapal yang lalu di situ.

Menurut catatan seharian, peristiwa terbesar yang pernah terjadi di wilayah ini adalah lenyapnya sebuah kapal berbendera Inggeris, Atlanta, pada 1880. Tanpa jejak, kapal yang dinaiki tiga ratus kadet dan perwira AL Inggeris itu ghaib di sana. Selain Atlanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal lainnya.

Segitiga Bermuda juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian dilaporkan sekitar 1990 lalu adalah ghaibnya lima Grumman TBF Avenger AL Amerika Syarikat yang tengah mengawal melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Disember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melaporkan, bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi isyarat SOS.


Anehnya, misteri Avenger tak berakhir di situ saja. Ketika sebuah pesawat SAR jenis Martin PBM-3 Mariner dihantar untuk mencarinya, pesawat amfibia dengan 13 anak kapal ini pun turut lenyap. Hilang bak ditelan udara. Keesokan harinya ketika wilayah- wilayah laut yang diduga menjadi tempat kecelakaan keenam pesawat disapu enam pesawat penyelamat pantai dengan 27 anak kapal, tiada satu pun serpihan pesawat ditemui.

Tahun demi tahun berlalu. Sekitar 1990, tanpa diduga seorang pengkaji berjaya serpihan kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Orang ramai terkejut kerana ketika cantuman dibuat ianya adalah sebahagian daripada bahagian pesawat TBF Avenger.

Banyak teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelangkauan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gempa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana.

Dugaan Sudah berAkhir..



Salam.. Hari ini hari yang penuh bersejarah bagiku kerana sebermulanya aku mengenali seorang insan bernama afiq, aku penuh dihimpit masalah oleh seorang insan.. Hari2ku penuh dengan luka, duka & sering sahaja pergaduhan berlaku antara dia & si dia yang meyebabkan aku runsing.. Bak kata pepatah, "duduk x lena, makan x kenyang & mandi x basah".. Hari ini tamatnya sudah pengorbanan aku untuk mendukung pelbagai masalah ini.. Penuh x diduga... Aku hanya seorang insan yang lemah & tiada seorang pun yang hidup di dunia ini dengan penuh sempurna.. Mahupun seekor binatang.. X akan ku lupa apa musibah yang menimpa aku pada kali ini.. Mana tidaknya, hari2 menerima masalah.. Tapi aku hanya menyepikan diri, merahsiakan & memendamkan hatiku yang luka ini.. & hari ini, semua yang terpendam sudah berakhir.. Agaknya ini adalah dugaan yang patut ditempuhi oleh semua umat & manusia di dunia ini.. Huh, sekian sahaja laporan yang ingin aku sampaikan.. Laporan ini disampaikan melalui hati & naluriku & bukan melalui pemikiranku yang bercelaru ini.. Harapan aku selepas ini, semoga dapat menerima pelbagai cabaran & dugaan yang dapat mendewasakan diriku ini.. Wassalam.

Resepi Mahligai Bahagia

Bahan-bahannya
2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing², dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak. 2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi. 2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua.
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja berpasangan dan perkongsian.
Cara membuat atau mengamalkannya:
1. Kita adun dgn cermat semua bahan² di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing².
Peringatan: Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang. Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.

3 Doa Rasul Tapi 1 Ditolak

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

PeNerBanGan TaK DiDuga

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita. Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton. Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam. Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'. Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonmi, sekadar kain yang diwangikan. Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan. Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita.

Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan. Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.

Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan. Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu.

Ya! Berita Baik!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???


PETUA KESIHATAN DARI AL-QURAN DAN HATIDH

Wahai semua manusia, makanlah benda yang halal bagi baik daripada apa yang terdapat di muka bumi ini. [Surah Al-Baqarah: 168]

"Ya, Rusulullah, tolong pohonkan kepada Allah, agar Allah jadikan daku seorang yang mudah diperkenankan doa." Mendengar kata-kata Saad bin Abi Qaqqas itu baginda pun menjawab, "Wahai Saad! Perbaikilah makananmu, kau akan jadi seorang yang mustajab doa. Demi Tuhan, di mana diri Muhammad dalam tanganNYA, seseorang lelaku yang menelan seketul daging haram dalam perutnya tidak akan diterima doa daripadanya selama 40 hari. Ada pun hamba yang dagingnya tumbuh daripada benda haram dan riba, maka nerekalah itu adalah lebih utama baginya." [Riwayat Ibn Marduwiyah]

Kemdian makanlah daripada tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan. [Surah An-Nahi:69]

Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan Al-Quran. [Riwayat Ibn Majah]

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram. [Riwayat Abu Daud]

Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua. [Riwayat]

Jauhilah makan berlebihan. Sesunggunya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk. [Riwayat Abu Naim]

LaGi FakTa MeNarIk Ke 2

  • Beberapa negara di dunia diambil nama tokoh. Negara-negara tersebut adalah - Bolivia, diambil dari nama Simon Bolivar; Colombia diambil dari nama Christopher Columbus, Nicaragua diambil dari nama kepala suku Nicarao, Liechtenstein diambil dari nama Johann von Liechtenstein, Saudi Arabia diambil dari nama Raja Saud, dan Filipina diambil dari nama Raja Phillip. Amerika Syarikat pun namanya diambil dari nama seseorang, iaitu nama penjelajah Amerigo Vespucci.
  • Negara terkecil di dunia ialah negara Vatican dengan luas negara hanya 44 hektar. Ia terletak didalam Ibukota Italia, Roma. Vatikan adalah tempat tinggal dari Paus, ketua gereja Katolik Roman. Ia juga sebuah negara satu-satunya di dunia yang mempergunakan bahasa Latin sebagai bahasa rasmi. Bangunan yang paling mendominasi hiasan negara ini adalah St.Peter’s Basilica, sebagai gereja yang terbesar didunia.
  • Bangsa Sumeria dikenal sebagai bangsa pertama yang melakukan kegiatan tulis menulis di dunia. Sekitar 3000 tahun sebelum masehi, mereka terbukti telah membuat ukiran diatas tanah liat , yang dipercaya berisikan simbol-simbol yang merepresentasikan angka-angka. Selanjutnya bangsa kedua yang juga turut mengembangkan kegiatan tulis menulis ini adalah bangsa Mesir Kuno yang membuat tulisan hieroglyph, atau tulisan paku, tepatnya sekitar 2100 sebelum masehi. Bangsa Mesir Kuno ini pula yang akhirnya berhasil menemukan cikal bakal papyrus, bahan asas kertas yang sekarang dipergunakan oleh seluruh penduduk dunia untuk kegiatan tulis menulis.
  • Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia
  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal
  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
  • Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.
  • Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam
  • Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
  • Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.
  • Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit

Bersambung

UntuK Si DiA

Pertama Kali Ku Dengar Suaramu...
Sayunya Hatiku Merindui Dirimu...
Walaupun Belum Kita Bersua Muka
Namun Aku Tetap Jatuh Cinta...
Pertama Kali Ku Bertemu Denganmu...
Hatiku Terpaut Melihat Senyumanmu..
Aku Mengharap Engkau Menerimaku...
Kerna Aku Bersedia Mencintaimu...
Akan Ku Renang Lautan Yang Berapi...
Membuktikan Kehebatannya Cinta Ini...
Tetapi Jikalau Kau Meninggalkan Aku..
Terhiris Hati IniTerguris Jiwa Ini
Menangis Tak Berlagu
Biarpun Ombak Yang Mengubah Pantai...
Kasihku Tak Kan Hancur Berderai...
Biarpun Hari Berganti Hari...
Dirimu Tetap Ku Nanti...
Syangku Pimpinkan Tanganmu...
Menuju Mahligai Bahgia...
Kita Bersama Nikmati Cinta Kita...
Hidup Bagaikan Di Syurga..Kasih...
Nurkilan - AfiQ

SuKa VS ciNta

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata.Perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
HaSiL NukiLan;
>oNe<

Baru siHat Dari Demam..

Salam.. Apa kBr semua?? Hari ni, aku baru sihat dari demam... nak kata sihat 100% tak lah sgt.. tapi setakat 85% adala.. Sekali lagi afiQ lawat aku kat umah lepas dia tamat kelas.. dah la baru semalam dia balik hostel & hari ni dtg balik.. huhu happy nya aku.. jam 5 ptg tadi, aku & afiQ keluar g aktif kan badan.. pas u g makan sugerbun n beli sikit keperluan utk b/fast pagi esok.. ada jugak aku beli parafizz soluble tablets & air badak.. untuk sihatkan lagi.. jln punya jln, x sedar jam dah pukul 7 ptg.. peh, cepat masa berlalu yer.. owh yer, pasal berhenti merokok tu, aku kna slow2 la..tak boleh nak terus bhenti.. apa2 pun, baru 4 hari aku & afiQ bukak blog ni dah ramai budak view.. 90 orang tu.. thanks la buat kengkawan yang x sudah2 kasi komen n msg kat blog afiqone ni yer..

"Antara menu di Sugerbun Tabuan Jaya"

FakTa LuAR BiaSa

TELEKOM MALAYSIA
Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk.

LADANG KUPU-KUPU
Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986, mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih 120 spesies.

KESESAKAN LALU LINTAS
Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat.

HUTAN HUJAN TROPIKA
Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia. Terdapat sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut.

GUA GOMANTUNG
Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup.

PELABUHAN
Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang.

SUNGAI RAJANG
Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth.

MENARA KUALA LUMPUR
Menara Kuala Lumpur merupakan yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia berharga RM250 juta. Ia berukuran 421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan 45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang dan 1,300 tan keluli struktur.

KUIL BATU CAVES
Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata tangga itu diluruskan menjadi satu garisan.

LAPANGAN TERBANG
Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang dijangka beroperasi pada tahun 1998 berupaya mengendali 45 juta penumpang dan juga mampu mengendali sejuta tan kargo setahun.

MENARA PETRONAS
Menara kembar Petronas KLCC (Kuala Lumpur City Centre) yang setinggi 88 tingkat akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, berukuran 450 meter tinggi. Ketinggian ini tiga kali ganda Kompleks Dayabumi.

JAMBATAN
Jambatan Pulau Pinang (13.8km) merupakan yang terpanjang di Asia dan menduduki tempat ketujuh di dunia, dibuka pada bulan Ogos 1985.

KOMPLEKS RENANG
Kompleks renang Dewan Bandaraya Ipoh, Perak merupakan yang terbesar dan paling moden di Asia Tenggara. Kompleks itu juga adalah kolam renang bergelombang pertama di Malaysia.

MINYAK
Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari.

PROTON
Dalam tempoh sepuluh tahun, Proton menguasai 74 peratus pasaran domestik iaitu kira-kira 500,000 unit di jalan raya Malaysia dan 85,000 unit lagi dieksport ke 18 buah negara temasuk United Kingdom, New Zealand dan Australia.

MINYAK SAWIT
Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor satu dunia, mengeluarkan sebanyak 51 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7.2 juta tan pada tahun 1994

POKOK GETAH
Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini.
BANK
Malaysia memiliki 37 buah bank komersil dengan rangkaian 1,246 cawangan di seluruh negara dan Maybank sebagai bank kemersil terbesar; mempunyai 399 cawangan.

FAKTA MENAKJUBKAN

MATEORIT
Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.

MOTOR ELEKTRIK
Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.


UKURAN RED KANGAROO
Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam.


LOGAM OSMIUM
Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.


KERETA API PENUMPANG
Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik dan seberat 2,786 tan.


KELAJUAN MAKSIMUM
Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia

BerHenti MeroKok

Assalamualikum w.t.b
hi semua, hari ni aku merasa gembira tapi sedih, huhuhu tak tau nak cakap macam mana. Erm gembira disebabkan member sorang ni akan berhenti merokok. tapi sedih gak cos dia ni demam kuat. aduss. nie tak suker ni...
mak dia urut badan dia. tapi marah gak dah tau demam tdo gak. huhuhu...

kan tak bagus tu... jdi kepada semua jangan la merokok n berhenti la merokok

BiLa AkU JaTuh CinTa

Allahu Rabbi
Aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak ter
batasBiar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya ku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu


Nurkilan :Afiq-One Blogspot

FakTa MeNarIk...!

Fakta : 260 Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan

Fakta : 259 2 tikus mampu beranak pinak hingga 1 juta dalam 18 bulan

Fakta : 258 Semut akan selalu jatuh pingsan ke arah kanan jika terbius

Fakta : 258 Semut akan selalu jatuh pingsan ke arah kanan jika terbius

Fakta : 256 Siput mampu tidur selama 3 tahun secara terus-menerus

Fakta : 254 Madu adalah satu-satunya makanan apa yang tidak akan pernah basi

Fakta : 253 Bersin terlampau keras akan menyebabkan tulang iga retak, tetapi dengan menahan bersin akan memecahkan pembuluh darah di leher dan di otak dan kemudian menyebabkan kematian

Fakta : 252 Seekor babi tidak akan pernah mendongak melihat langit

Fakta : 251 Seseorang tidak akan pernah mati hanya dengan menahan nafasnya

Fakta : 250 Otot yang paling kuat di tubuh manusia adalah otot lidah

Fakta : 249 Warna asli Coca-Cola adalah

DeMam KuaT

Asslamualikum w.t.b

hye apa kb semua. erm ari ni tak beberapa sihat la, asyik batuk jer. orang kesayangan pun mcm tu gak ari ni. dia mengadu cakap demam kuat n making teruk. adus kesian mek nanganya. dah lum balik kerja lagi. takper sabar jer mungkin ader hikmah dari Illahi. huhuhu maklum la sarawak ni asyik hujan jer dan lagi pun skangkan musim demam kat kuching ni.

KeJaDiaN AneH Di BruNei

Assalamualikum w.t.b
Salam sejahtera kepada pembaca. hari ini afiq dan wan nak kongsi satu gambar aneh yang di ambil di brunei ketika travel di brunei. Gambar ini adalah gambar yang menunjukkan kita kepada kekuasaan illahi. Subahanallah, gambar tersebut sungguh cantik di mana terdapat 2 bentuk tangan yang ingin memeluk sesuatu. Gambar tersebut terjadi pada waktu petang.Dalam keadaan hening dan dinggin.Sejurus melihat gambar tersebut solat hajat dilakukan di seluruh brunei untuk mendoakan kesejahteraan di saner. kita bersama-sama moga diberikan kesejahteraan ...Amin


Kejadian di brunei ... Masyallah

MeRokoK MerBahayakan KesihaTan

Saya memang hairan melihat sesetengah ibubapa memarahkan anak mereka kerana anak mereka merokok,sedangkan mereka juga adalah perokok.Saya bukannya hendak berpihak atau mengalakan remaja untuk merokokJika ditanya kenapa dia memarahi anak mereka dengan lantang mereka akan menjawab "saya tidak mahu anak saya menjadi perokok.Lagipun anak saya ni masih bersekolah,dimana dia akan memperolehi duit untuk membeli rokok lainlah saya,saya ada pekerjaan dan mampu untuk membeli rokok". Cuba anda fikirkan betulkah yang mereka katakan itu?.

Sebenarnya kebanyakan(bukan semua) remaja merokok mempunyai ibu atau bapa yang merokok.Kenapa mereka harus memarahi anak mereka?Bukankah mereka yang mengajar anak mereka merokok melalui asap rokok yang mereka hisap ketika anak mereka itu masih kecil?.Memang benar mereka belum bekerja tetapi kerana ketagihan mereka akan meminta pada rakan mereka atau membeli sendiri menggunakan duit yang mereka simpan dari perbelanjaan sekolah.Ibu-bapa haruslah mengambil langkah dalam menangani masalah ini.Antara langkah mustahak yang anda perlu anda ambil adalah memberi nasihat dan tidak merokok dihadapan mereka.Ini tidak,sesetengah ibubapa akan merokok dihadapan anak-anak mereka yang masih kecil ataupun sudah meningkat remaja.Akibat terlalu kerap menghidu bau asap rokok mereka akan terdorong untuk menghisap rokok.Saya bukannya hendak menyalahkan ibubapa bulat-bulat.Anda semua juga(perokok) bersalah dalam hal ini.

Sekadar gambar hiasan

  • tidakkah anda terfikir keburukan dari merokok?
    Kenapakah anda membazir duit untuk membeli rokok?
    Tidak ada cara lainkah untuk menghilangkan tension?
    Susah sangatkah hendak berhenti merokok?
    Kenapa???????


Dan apa yang paling menyedihkan kita ialah sesetengah perokok sanggup tidak berpuasa kerana tidak tahan untuk merokok!Berbaloikah mereka tidak berpuasa semata-mata kerana rokok?


Jika si perokok ditanya "Tak mahu berhenti dari merokokkah?. mereka akan menjawab "Saya memang ada niat hendak berhenti merokok tetapi saya tidak dapat melakukannya".Itulah yang sering kita dengar.Memang benar hendak berhenti merokok ini memang payah tidak seperti ketika mencubanya begitu senang.Kandungan rokok iaitu nikotin lah yang menyebabkan anda ketagihan.Diruang ini ada saya sertakan beberapa tips untuk berhenti merokok.

Tahukah anda satu sedutan rokok yang anda sedut mengandungi 4000 bahan kimia yang berbahaya termasuk bahan yang boleh menyebabkan kanser!.

Kesan asap rokok kepada kanak-kanak
-Paru-paru kanak-kanak yang sedang membesar akan rosak akibat bahan yang terkandung didalam rokok.
-Pembesaran dan pertumbuhan paru-paru kanak-kanak akan terbantut
-Risiko kanak-kanak untuk yang menghidu asap rokok untuk mendapat jangkitan telinga,hidung,kerongkong dan paru-paru meningkat
-Jika kanak-kanak itu menghidap asma,ianya akan menjadi semakin teruk.



Merugikan

Kesan asap rokok kepada kandungan
-Akan melahirkan anak damit yang kurang berat badan
-kan melahirkan anak damit yang tidak cukup bulan
-Kematian janin dalam kandungan
-Jika bayi itu lahir sekalipun,jaminan untuk bayi itu dapat hidup dalam tahun pertama amatlah rendah
-Pembesaran janin dalam kandungan akan terbantut
-Karbon monoxsida didalam darah anak yang dikandun itu akan menyekat bekalan oxsigen
-Bekalan darah akan berkurangan kerana pembuluh darah(arteri)semakin sempit

Katakan Tak Nak Pada Rokok !!!

AkU & WaN

Asslamualikum w.t.b

Hi apa kabar semua kepada pembaca blog ini. erm pe2 pun terima kasih la singgah kat blog ni. aku kali ni nak bercerita la pasal perjalanan hari ini iaitu hari ahad 8 feb 2009, mai aku nak citer apa aku baut sehari suntuk pada hari ni....

Awal gak aku bangun kali ni entah la mungkin tak lena tdo kot, pasal tdo sorang yer. dah awl pagi aku bangun aku pun apa lagi, berdepan ngan laptop aku la nak mencari maklumat terkini. yer la tak tau nak buat apa, sementara tunggu teman aku ni wan rabbani balik dari kerja. Tengah leka membuat kerja wan pun balik jam 8.30 pagi.

Wajah wan tdo


Sian dia agak letih la. Dah la aku pun pagi ni macam takder mood jer, maybe disebabkan sesorg kot. takperlulah citer... tak penting pun. pas sarapan pagi, dengar la pulak mak wan ni berceramah n berceloteh. ok gak sembang ngan mak dia ni. sempoi katakan. Sian tengok wan keletihan aku pun suruh la wan tdo, rehatkan badan dah seharian kerja. aku pun apa lagi uat kerja sendiri iaitu main laptop la sampai jam 6. ptg. huhuhu..marah gak aku kat wan ni tak nak bangun ker gi lunch.

Mana tak nya pnat tgu dia nak gi lunch tpi disebabkan dia letih biarlah pi, dia nak tdo. tak beberapa lama ia pun mengadu demam, suh makan ubat tak berani huhuhu...pastu kta orang pun apa lagi gi la makan.

Jam dah kul 6 ni

Gi lunch jam 6 ptg huhuhu... takper la tak kisah pun. makan kat tempat biasa la simply sedap, mek orang order nescafe o ais n tea c peng bersama nasi daging.




Pastu yang paling aku marahnya wan ni dah makan gi hisap rokok, aku ni dah la tak suka ngan orang hiasp rokok ni. Tak baik la untuk kesihatan.

Pada sebelah malam sebelum wan trun kerja, aku pun lepak ngan wan la. yer la sok pagi nak balik kampus. erm best gak mlm ni lepak ngan wan. yer la dia la org yang aku sayang kat cni.

sambung lagi ok

haRi yaNg menGembiRakan...

1st of aLL, wan nak ucap terima kasih banyak2 & tahniah buat afiQ kerana berjaya melepasi halangan & rintangan yang wan berikan.. wan memang happy gila tyme nie.. semua yang berlalu telah pergi meningalkan kenangan 1001 bagi wan.. harapan wan lepas ni, wan nak hubungan kita akan kekal (insyaallah). semuga berbahagia.. sayang dia..

Pemikiran aku CeLaru...



Salam sejahtera... Hari ni, aku rasa x sedap badan.. rasanya nak demam kot.. Bangun2 jer, jam dah pukul 5 ptg.. Lepas balik kerja pagi tadi, lepak dulu ngan afiQ.. Aku rasakan sesuatu yang ganjil pada diri afiQ.. Apakah yang terjadi pada diri afiQ sampai membuatkan aku terasa akan sesuatu...

Jam dah pukul 5, aku & afiQ tak makan lunch lagi.. Alamatnya, memang makan kat luar lagi la ni.. Sah!!! Seperti biasa port makan kita org kat Simply Sedap tu la.. Tgh duk sembang, sambil menikmati jamuan yang telah dipesan, tiba2 hp aku berdering.. Seorang sahabat baikku menelefon.. Apa yang diceritakan, pasal afiQ lagi.. Aku semakin celaru.. Setelah selesai menjamu selera, aku & afiQ segera balik ke rumah untuk melihat & membaca msg yang disampaikan sahabatku tadi.. Sah, sahabatku tadi dalam dilema setelah apa yang aku baca mengenai msg yang disampaikan kpd afiQ.. huh, kini pemikiranku semakin celaru.. AfiQ mula merasakan sesuatu pada diri aku.. Apa2 pun, aku terpaksa bersabar & terus mengharungi kehidupan yang penuh berliku ini..

Makanan segera lebih bahaya daripada rokok

Percaya atau tidak !!! makanan segera adalah merbahaya juga, seperti yang dikatakan oleh menteri kesihatan bahawa makanan segera yang semakin popular di kalangan rakyat negara ini umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda dan beliau juga menyifakan makanan segera lebih bahaya daripada rokok dan minuman keras. Pengambilan makanan segera dari sejak usia bayi lagi menyebabkan sistem badan lemah dari awal lagi kerana sudah terdedah kepada kandungan gula, garam dan lemak yang melebihi paras minimum yang diperlukan badan kita.

Rokok jejas otak

Menurut penyelidik Amerika, tabiat merokok menyebabkan perubahan berpanjangan dalam sistem kimia otak, sama seperti perubahan pada haiwan yang diberi kokain, heroin dan beberapa dadah lain. Kajian terhadap tisu otak seorang perokok dan seorang bukan perokok menunjukkan berlakunya perubahan, walaupun perokok itu kemudian menghentikan tabiatnya

Jangan Menghina Raja Melayu ....

Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)

Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang’, manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. – JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida)

Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. – IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)

Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat. – FERIZ OMAR (Presiden Prowaris)

KeNaLi AkU

Assalamualikum w.t.b
hye kengkawan, salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua yang singgah ke blog ini. Erm terima kasihlah kerana sudi singah ke laman blog ini untuk sementara waktu serta berkongsi maklumat.
ops... sebelum tu aku nak memperkenakan diri dan latar belakang saya dululah, kata orang tua-tua kalu tak kenal maka tak cinta, kalu tak cinta maka tak sayang, tak ker begitu. jdi apa kata kita berkenal-kenal dahulu yer...

Nama aku ni Mohd Hafiz B Hazari yang berasal dari negeri utara iaitu kuala kangsar, perak darul ridzuan, erm... aku dilahirkan pada 01-08-1986 kat mana aku tak ingat la , kat kuala kangsar kot, huhuhu...2009 ni dah menjelma umur aku kini 22 tahun dan tak lama lagi nak masuk 23 tahun takut lah gak umur dah meningkat.


Ok lah... orang yang mengenali aku biasanya akan memanggil aku dengan nama afiq, tapi masa time sekolah orang panggil aku ustaz atau pakcu atau abang haji. aku tau la macam mana leh lekat. huhuhu... mungkin dulu aku selalu nasihat orang kot... tapi kini tak lagi macam dulu.

Zaman persekolahan aku, erm aku nie banyak tukar sekolah la. cuma aku jer tak ingat. sekolah aku time sekolah rendah aku bersekolah di sek. ren. keb clifford dan masuk ke peringkat menengah aku di masukan ke sekolah menengah kebangsaan clifford gak... huhuhu. masa zaman persekolahan aku ni dikira aktif la gak. macam macam nak masuk, ader jer aktiviti aku nak melibatkan diri huhuhu... tapi best apa dapat berkhidmat dengan sekolah daripada duk umah tak buat apa kan.

aku ni lebih suka atau kalu masa lapang, menghabiskan masa dengan menontong wayang. kira aku ni kaki wayang lah gak. gila tengok wayang. selain tu gak aku ni suka berkhemah. kalu member-member masa time sekolah dulu balik aku pun apa lagi rancang aktiviti dan gi berkemah lah... seronok apa... time macam ni la nak buat semua tu. kalu dah tua atau dah berumah tangga mana ader masa...selain tu gak aku ni suka berjalan-jalan, tapi empat yang aku suka pergi macam tempat yang lasak la seperti mendaki gunung, gi tempat air terjun lebih kurang macam tu la.

Selepas aku abis jer skolah menengah aku sambung ting.6 dan akhirnya sehingga kini aku sambung lagi di universiti malaysia sarawak(UNIMAS) kat sarawak la. Insya allah kalu takder apa-apa sem ni aku last la dan nak abis la kianya pengajian aku selama 3 tahun di sarawak.

Masa di sarawak lak aku dapat macam-macam pengalaman yang manis, pahit, sedih, gembira, macam-macam la. nanti la aku citer di tajuk yang lain yer pasal di sarawak.

Pasal peranngai aku ni lak, aku nie suka berkawan. dan suka kalu mempunyai kawan yang ceria dan heppy. kadang-kadang aku ni dijadikan sebagai tempat diberikan nasihat dan pandangan oleh kawan-kawan aku. tak leh citer lebih-lebih. Biar orang yang menilai kita ok.
Erm apa lagi yer ... ops kini aku sedang mengenali seseorang bagi aku dia ni happay la... best apa kalu ader dia... huhuhu. dia ni kira seorang yang suka ambil berat dan paling best bila tengok dia senyum. Kira dia ni ceria ler . huhuhu nak tau sapa ker... nama dia wan rabbani... dia la cadang supaya kita buat blog ni..