Rss Feed

Apa dah jadi BN Kuasai Perak ?

Askum dan salam sejahtera semua... apa dah jadi ni. BN dah kuasi perak... ala keadilan pun satu ... nizar bukannya nak ambil tau pasal orang melayu skang eok la letaj jer jawatan...tapi bagus perkara mcm ni berlaku biar la sedar sikit. kenapa pembangkang nak pertahan ... dan bermasalah pulak tu.
Para pemimpin pakatan pembangkang hari ini mempertahankan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletakkan jawatan walaupun dititah sedemikian oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Mereka turut meminta Sultan Perak supaya membuat keputusan mengikut ketetapan undang-undang dengan mengambil kira sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan akan terus menyandang jawatan berkenaan sehingga proses demokrasi dan undang-undang dilakukan dengan adil.
Katanya, ia sama ada menerusi pilihan raya semula atau pilihan raya kecil di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikosongkan.
''Kita tidak mahu diadakan rampasan kuasa tidak terhormat... kita menghormati proses Raja Berperlembagaan, tetapi raja juga mesti mengikut proses amalan demokrasi menerusi kehakiman rakyat dengan cara yang seadilnya," katanya.
Anwar pula menafikan keengganan pakatan pembangkang menerima keputusan Sultan Azlan itu adalah satu bentuk penderhakaan kepada raja.
''Kita meminta Tuanku supaya menjalankan kuasa baginda dengan menerima permohonan Menteri Besar untuk membubarkan DUN dan memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baru.
''Kita merayu baginda mengambil ketetapan mengikut Perlembagaan Negeri, bukannya kita menentang tuanku," ujarnya.
Dalam pada itu, Kit Siang menganggap apa yang berlaku terhadap kerajaan negeri Perak adalah satu bentuk rampasan kuasa.
''Apa yang berlaku adalah mengejutkan dan di luar kebiasaan," katanya.

0 comments:

Post a Comment