Rss Feed

FAKTA MENAKJUBKAN

MATEORIT
Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.

MOTOR ELEKTRIK
Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.


UKURAN RED KANGAROO
Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam.


LOGAM OSMIUM
Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.


KERETA API PENUMPANG
Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik dan seberat 2,786 tan.


KELAJUAN MAKSIMUM
Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia

0 comments:

Post a Comment