Rss Feed

KeNaLi AkU

Assalamualikum w.t.b
hye kengkawan, salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua yang singgah ke blog ini. Erm terima kasihlah kerana sudi singah ke laman blog ini untuk sementara waktu serta berkongsi maklumat.
ops... sebelum tu aku nak memperkenakan diri dan latar belakang saya dululah, kata orang tua-tua kalu tak kenal maka tak cinta, kalu tak cinta maka tak sayang, tak ker begitu. jdi apa kata kita berkenal-kenal dahulu yer...

Nama aku ni Mohd Hafiz B Hazari yang berasal dari negeri utara iaitu kuala kangsar, perak darul ridzuan, erm... aku dilahirkan pada 01-08-1986 kat mana aku tak ingat la , kat kuala kangsar kot, huhuhu...2009 ni dah menjelma umur aku kini 22 tahun dan tak lama lagi nak masuk 23 tahun takut lah gak umur dah meningkat.


Ok lah... orang yang mengenali aku biasanya akan memanggil aku dengan nama afiq, tapi masa time sekolah orang panggil aku ustaz atau pakcu atau abang haji. aku tau la macam mana leh lekat. huhuhu... mungkin dulu aku selalu nasihat orang kot... tapi kini tak lagi macam dulu.

Zaman persekolahan aku, erm aku nie banyak tukar sekolah la. cuma aku jer tak ingat. sekolah aku time sekolah rendah aku bersekolah di sek. ren. keb clifford dan masuk ke peringkat menengah aku di masukan ke sekolah menengah kebangsaan clifford gak... huhuhu. masa zaman persekolahan aku ni dikira aktif la gak. macam macam nak masuk, ader jer aktiviti aku nak melibatkan diri huhuhu... tapi best apa dapat berkhidmat dengan sekolah daripada duk umah tak buat apa kan.

aku ni lebih suka atau kalu masa lapang, menghabiskan masa dengan menontong wayang. kira aku ni kaki wayang lah gak. gila tengok wayang. selain tu gak aku ni suka berkhemah. kalu member-member masa time sekolah dulu balik aku pun apa lagi rancang aktiviti dan gi berkemah lah... seronok apa... time macam ni la nak buat semua tu. kalu dah tua atau dah berumah tangga mana ader masa...selain tu gak aku ni suka berjalan-jalan, tapi empat yang aku suka pergi macam tempat yang lasak la seperti mendaki gunung, gi tempat air terjun lebih kurang macam tu la.

Selepas aku abis jer skolah menengah aku sambung ting.6 dan akhirnya sehingga kini aku sambung lagi di universiti malaysia sarawak(UNIMAS) kat sarawak la. Insya allah kalu takder apa-apa sem ni aku last la dan nak abis la kianya pengajian aku selama 3 tahun di sarawak.

Masa di sarawak lak aku dapat macam-macam pengalaman yang manis, pahit, sedih, gembira, macam-macam la. nanti la aku citer di tajuk yang lain yer pasal di sarawak.

Pasal peranngai aku ni lak, aku nie suka berkawan. dan suka kalu mempunyai kawan yang ceria dan heppy. kadang-kadang aku ni dijadikan sebagai tempat diberikan nasihat dan pandangan oleh kawan-kawan aku. tak leh citer lebih-lebih. Biar orang yang menilai kita ok.
Erm apa lagi yer ... ops kini aku sedang mengenali seseorang bagi aku dia ni happay la... best apa kalu ader dia... huhuhu. dia ni kira seorang yang suka ambil berat dan paling best bila tengok dia senyum. Kira dia ni ceria ler . huhuhu nak tau sapa ker... nama dia wan rabbani... dia la cadang supaya kita buat blog ni..

2 comments:

adie_kun said...

(^_^)V

salam perkenalan ek..

afiq_one said...

thanks adie kun

Post a Comment