Rss Feed

LaGi FakTa MeNarIk Ke 2

  • Beberapa negara di dunia diambil nama tokoh. Negara-negara tersebut adalah - Bolivia, diambil dari nama Simon Bolivar; Colombia diambil dari nama Christopher Columbus, Nicaragua diambil dari nama kepala suku Nicarao, Liechtenstein diambil dari nama Johann von Liechtenstein, Saudi Arabia diambil dari nama Raja Saud, dan Filipina diambil dari nama Raja Phillip. Amerika Syarikat pun namanya diambil dari nama seseorang, iaitu nama penjelajah Amerigo Vespucci.
  • Negara terkecil di dunia ialah negara Vatican dengan luas negara hanya 44 hektar. Ia terletak didalam Ibukota Italia, Roma. Vatikan adalah tempat tinggal dari Paus, ketua gereja Katolik Roman. Ia juga sebuah negara satu-satunya di dunia yang mempergunakan bahasa Latin sebagai bahasa rasmi. Bangunan yang paling mendominasi hiasan negara ini adalah St.Peter’s Basilica, sebagai gereja yang terbesar didunia.
  • Bangsa Sumeria dikenal sebagai bangsa pertama yang melakukan kegiatan tulis menulis di dunia. Sekitar 3000 tahun sebelum masehi, mereka terbukti telah membuat ukiran diatas tanah liat , yang dipercaya berisikan simbol-simbol yang merepresentasikan angka-angka. Selanjutnya bangsa kedua yang juga turut mengembangkan kegiatan tulis menulis ini adalah bangsa Mesir Kuno yang membuat tulisan hieroglyph, atau tulisan paku, tepatnya sekitar 2100 sebelum masehi. Bangsa Mesir Kuno ini pula yang akhirnya berhasil menemukan cikal bakal papyrus, bahan asas kertas yang sekarang dipergunakan oleh seluruh penduduk dunia untuk kegiatan tulis menulis.
  • Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia
  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal
  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
  • Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.
  • Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam
  • Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
  • Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.
  • Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit

Bersambung

0 comments:

Post a Comment