Rss Feed

MasaKan Ikan PiNdanG

Hi kengkangwan dan pembaca , hari ni afiq_one ader balaja cara masakan ikan pindang dari kedah. mai la cuba.
Bahan-Bahan:
3 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
Sedikit kunyit
Sedikit garam
1 btg serai
1 kpg asam keping
Sedikit halba Kacang bendi atau tomato (jika suka) 3 cawan air
Cara:
1. Bersihkan ikan dan tos. Sapu ikan dengan kunyit dan sedikit garam. Ketepikan.
2. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
3. Halia dan lengkuas dihiris halus.
4. Masukkan 3 cawan air ke dalam periuk.
5. Masukkan bawang, halia, lengkuas, serai, asam keping dan halba.
6. Biarkan hingga mendidih kemudian kecilkan api.
7. Masukkan ikan yg telah disapu kunyit tadi bersama bendi / tomato.
8. Biar hingga ikan masak
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama nasi panas dan kicap semasa makan tengah hari.Sesuai bagi mereka yg tidak gemar makanan berlemak / bersantan
Tambahan:
Tambah air dan kunyit sekiranya suka kuah banyak tetapi pastikan seimbang dgn kuantiti ikan

0 comments:

Post a Comment