Rss Feed

MeRokoK MerBahayakan KesihaTan

Saya memang hairan melihat sesetengah ibubapa memarahkan anak mereka kerana anak mereka merokok,sedangkan mereka juga adalah perokok.Saya bukannya hendak berpihak atau mengalakan remaja untuk merokokJika ditanya kenapa dia memarahi anak mereka dengan lantang mereka akan menjawab "saya tidak mahu anak saya menjadi perokok.Lagipun anak saya ni masih bersekolah,dimana dia akan memperolehi duit untuk membeli rokok lainlah saya,saya ada pekerjaan dan mampu untuk membeli rokok". Cuba anda fikirkan betulkah yang mereka katakan itu?.

Sebenarnya kebanyakan(bukan semua) remaja merokok mempunyai ibu atau bapa yang merokok.Kenapa mereka harus memarahi anak mereka?Bukankah mereka yang mengajar anak mereka merokok melalui asap rokok yang mereka hisap ketika anak mereka itu masih kecil?.Memang benar mereka belum bekerja tetapi kerana ketagihan mereka akan meminta pada rakan mereka atau membeli sendiri menggunakan duit yang mereka simpan dari perbelanjaan sekolah.Ibu-bapa haruslah mengambil langkah dalam menangani masalah ini.Antara langkah mustahak yang anda perlu anda ambil adalah memberi nasihat dan tidak merokok dihadapan mereka.Ini tidak,sesetengah ibubapa akan merokok dihadapan anak-anak mereka yang masih kecil ataupun sudah meningkat remaja.Akibat terlalu kerap menghidu bau asap rokok mereka akan terdorong untuk menghisap rokok.Saya bukannya hendak menyalahkan ibubapa bulat-bulat.Anda semua juga(perokok) bersalah dalam hal ini.

Sekadar gambar hiasan

  • tidakkah anda terfikir keburukan dari merokok?
    Kenapakah anda membazir duit untuk membeli rokok?
    Tidak ada cara lainkah untuk menghilangkan tension?
    Susah sangatkah hendak berhenti merokok?
    Kenapa???????


Dan apa yang paling menyedihkan kita ialah sesetengah perokok sanggup tidak berpuasa kerana tidak tahan untuk merokok!Berbaloikah mereka tidak berpuasa semata-mata kerana rokok?


Jika si perokok ditanya "Tak mahu berhenti dari merokokkah?. mereka akan menjawab "Saya memang ada niat hendak berhenti merokok tetapi saya tidak dapat melakukannya".Itulah yang sering kita dengar.Memang benar hendak berhenti merokok ini memang payah tidak seperti ketika mencubanya begitu senang.Kandungan rokok iaitu nikotin lah yang menyebabkan anda ketagihan.Diruang ini ada saya sertakan beberapa tips untuk berhenti merokok.

Tahukah anda satu sedutan rokok yang anda sedut mengandungi 4000 bahan kimia yang berbahaya termasuk bahan yang boleh menyebabkan kanser!.

Kesan asap rokok kepada kanak-kanak
-Paru-paru kanak-kanak yang sedang membesar akan rosak akibat bahan yang terkandung didalam rokok.
-Pembesaran dan pertumbuhan paru-paru kanak-kanak akan terbantut
-Risiko kanak-kanak untuk yang menghidu asap rokok untuk mendapat jangkitan telinga,hidung,kerongkong dan paru-paru meningkat
-Jika kanak-kanak itu menghidap asma,ianya akan menjadi semakin teruk.



Merugikan

Kesan asap rokok kepada kandungan
-Akan melahirkan anak damit yang kurang berat badan
-kan melahirkan anak damit yang tidak cukup bulan
-Kematian janin dalam kandungan
-Jika bayi itu lahir sekalipun,jaminan untuk bayi itu dapat hidup dalam tahun pertama amatlah rendah
-Pembesaran janin dalam kandungan akan terbantut
-Karbon monoxsida didalam darah anak yang dikandun itu akan menyekat bekalan oxsigen
-Bekalan darah akan berkurangan kerana pembuluh darah(arteri)semakin sempit

Katakan Tak Nak Pada Rokok !!!

0 comments:

Post a Comment