Rss Feed

PETUA KESIHATAN DARI AL-QURAN DAN HATIDH

Wahai semua manusia, makanlah benda yang halal bagi baik daripada apa yang terdapat di muka bumi ini. [Surah Al-Baqarah: 168]

"Ya, Rusulullah, tolong pohonkan kepada Allah, agar Allah jadikan daku seorang yang mudah diperkenankan doa." Mendengar kata-kata Saad bin Abi Qaqqas itu baginda pun menjawab, "Wahai Saad! Perbaikilah makananmu, kau akan jadi seorang yang mustajab doa. Demi Tuhan, di mana diri Muhammad dalam tanganNYA, seseorang lelaku yang menelan seketul daging haram dalam perutnya tidak akan diterima doa daripadanya selama 40 hari. Ada pun hamba yang dagingnya tumbuh daripada benda haram dan riba, maka nerekalah itu adalah lebih utama baginya." [Riwayat Ibn Marduwiyah]

Kemdian makanlah daripada tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan. [Surah An-Nahi:69]

Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan Al-Quran. [Riwayat Ibn Majah]

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram. [Riwayat Abu Daud]

Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua. [Riwayat]

Jauhilah makan berlebihan. Sesunggunya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk. [Riwayat Abu Naim]

0 comments:

Post a Comment