Rss Feed

pas pun ader rasuah gak....

Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau yakin rasuah turut berlaku di dalam Pas memandangkan amalan itu semakin berleluasa di negara ini.
Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, parti Pas sama seperti parti-parti lain yang mana rasuah sering berlaku.

''Saya tidak hairan anggota parti itu buat benda yang bertentangan dengan ajaran Islam,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Ke-47 di sini hari ini.
Dr. Mahathir mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa berlaku aktiviti memberi hadiah dan menjamu makanan kepada perwakilan oleh beberapa individu dalam Pas sebagai salah satu cara untuk melobi.

Mohamed Daud bagaimanapun tidak berhasrat mendedahkan mereka yang dikaitkan dengan permainan politik kotor dalam usaha melobi jawatan.

Tegas beliau, apa yang dinyatakan sebelum ini adalah secara umum tentang wujud keadaan seumpama itu berdasarkan gambaran yang diberikan oleh rakan-rakan menjelang pemilihan dalam parti.

Mengulas mengenai pertelagahan di dalam parti pembangkang itu mengenai kepimpinan ulama dan profesional, Dr. Mahathir meminta agar di buat tafsiran siapakah ulama.

Jelas beliau, perkataan ulama bermula dengan perkataan alim iaitu orang yang berpengetahuan. Bermakna, jelasnya, orang yang berpengetahuan sama dalam bidang lain termasuk perubatan juga boleh dianggap ulama tetapi ulama dalam bidang perubatan

0 comments:

Post a Comment