Rss Feed

Kasih Ibu Ku

Salam Ramadhan al-Mubarak semua. Semoga Ramadhan kali ini bisa menunaikan mimpi kalian. Namun, haruslah berusaha terlebih dahulu ya ^^

Hati ini tiba-tiba ingin mencoret kata. Kata-kata yang lahirnya tulus dari jiwa kecil yang sedang kerinduan akan kasihnya seorang ibu. Setiap kali menghadap makanan untuk berbuka puasa, hati pasti terdetik, "berbuka apakah ibu di rumah". Hati kemudiannya melonjak-lonjak mahu pulang menemani ibu yang keseorangan di rumah. Dan, itu membuatkan perut menjadi kenyang walau hanya dengan sebiji kurma.

Rasanya, tidak akan ada kasih setulus kasihnya seorang ibu kepada anak. Bagai tidak percaya, anak yang sudah besar panjang seperti saya ini, anak yang dipercayai sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri, dilayan seperti anak kecil yang masih hingusan ketika sakit. Seperti anak kecil yang makannya bersuap, disediakan kain lap, diturutkan sahaja kerenah apa kemahuannya.

Ibu, itu sudah cukup meruntun hati ini. Terasa ingin membalasnya sekarang juga. Tapi, apakan daya seorang anak yang masih lemah kakinya. Masih mencari-cari tongkat penangkuh dirian.

Kali ini, ibu ada peneman di rumah. Alangkah senangnya hati ini jika melihat ibu juga sedang bergembira. Semoga ibu terus tersenyum.

Terima kasih ibu~

0 comments:

Post a Comment