Rss Feed

Kisah PokoK EpaL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanaklelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjatpokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya diaberehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitumenyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagimenghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu,suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilahbermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, akutidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu."Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budakremaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi darisitu.
Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.Masa berlalu...Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasagembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masauntuk bermain.
Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membinarumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?"Tanya budak itu."Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahandahankuyang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.
" Pokok epal itu memberikancadangan.Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergidengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasasedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.
Dia sebenarnyaadalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matangdan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku
bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kaumenolongku?" tanya lelaki itu."Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotongbatang pokok ini untuk dijadikan bot.
Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadangpokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannyapergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datangmenuju pokok epal itu. D
ia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokokepal itu."Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudahmemberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kaubuat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu."Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batangpokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,"jawab lelaki tua itu."Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Cerita Ini Sengaja Dipaparkan Untuk Mengajak Kito Berfikir Tentang Pengajaran DiSebalik Cerita Tersebut.
Sebenarnya, Pokok Epal Yang Dimaksudkan Di Dalam Cerita Itu Adalah Kedua-Dua IbuBapa Kita. Bila Kita Masih Muda, Kita Suka Bermain Dengan Mereka. Ketika Kita Meningkat Remaja, Kita Perlukan Bantuan Mereka Untuk Meneruskan Hidup. Kita Tinggalkan Mereka, Dan Hanya Kembali Meminta Pertolongan Apabila Kita Di Dalam Kesusahan.
Namun Begitu, Mereka Tetap Menolong Kita Dan Melakukan Apa Sahaja Asalkan Kita Bahagia Dan Gembira Dalam Hidup. Anda Mungkin Terfikir Bahawa Budak Lelaki Itu Bersikap Kejam Terhadap Pokok Epal Itu, Tetapi Fikirkanlah, Itu Hakikatnya Bagaimana Kebanyakan Anak-Anak Masa Kini Melayan Ibu Bapa Mereka. Hargailah Jasa Ibu Bapa Kepada Kita. Jangan Hanya Kita Menghargai Mereka Semasa Menyambut Hari Ibu Dan Hari Bapa Setiap Tahun. Semoga Memberikan Keinsafan Dan Kesedaran Kepada Remaja Kita

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanyapada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antarapelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaiksebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apayang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelassekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambilmemandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpamenoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itubawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yangberada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandangrumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang palingcantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya bolehpetik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kitasayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkanbanyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jikaperhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kitamulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kitadengan tulus dan ikhlas.

Fiesta Panjut daerah Kuala Kangsar...Meriah

assalamualikum dan salam sejahtera....
ni nak habak semua ni .. beberapa minggu lepas berlangsung fista panjut peringkat daerah .. meriah giler ... mukim kampung basong jadi johan. acara ini berlangsung sempena sambutan hari keputeraan sultan azlan shah... bermacam-macam ragam dan bentuk yang telah direka untuk meraih kemenangan... mai kita lihat




Hari Pertunangan abg aku ..

huhuh hai apa kb semua .. harap sihat ler ... 6 june lepas abg aku telah bertunang dengan pasangan pilihannya... serombongan keluarga pihak lelaki menghantar pertunangan serta menyarung cincin untuk bakal kakak ipar aku ni ... hai lepas sorang-sorang kahwin ... di bawah ni terdapat beberapa gambar sekitar majlis pertunangan abg aku .... huhuhuhu. mai kita lihat

BaKal MenJelma...adus....

Assalamualikum w.t.b
Cincin pertunangan


Hye apa kb.. semua kali ni aku menjelma lg .. kali ni aku nak beri tau la .. yang abg aku ke 6 .. akan bertunang.. huhuhu dan bakal dapat kakak ipar la ... bertunang setahun jer .. huhuhuhu ...



cincin pertunangan perrempuan

fuh abis .. lpas sorang-sorang kahwin... ni sorang lagi ... ok nama abg aku ni mohd ayob b hazari. jika tengok gambar perkahwinan abg aku yang di bawah ini... nama dia mohd faizal... kalu tak slap ayob sebelah dia ... jadi pengapit la katakan... kini giliran dia pula bertunang... cincin pertunangan ini .. di import khas dari itali yang bersalut emas serta terdapat sebutir berlian.. ...huhuhu .. hantarannya mgn Rm 43 000.00 dengan 9 hantaran... huhuhu .. pertunangan dia akan berlangsung pada ahad ini 7 jun 2009 ... huhuhu dengan pilihan hatinya yang berasal dari ipoh perak.....

cincin pertunangan lelaki

Esok baru Cabut - cerita LuCu

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… !
Macam mana ni bang..?”Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur.
Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar.
Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

Suami Yang Adil

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu. Lalu dengan selamba Rizal menjawab, Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri