Rss Feed

Tiada Lagi filem realiti malaysia - Pemergian Yasmin Ahmad

Sementara itu, Bernama melaporkan, jenazah Yasmin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham ditempatkan di Masjid Abu Bakar
As-Siddiq bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi enghormatan terakhir.

Jenazah itu disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12 tengah hari.

Suasana sedih dan sepi menyelubungi perkarangan masjid yang dihadiri lebih 200 orang termasuk saudara mara Allahyarham dan penduduk kawasan berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir serta mengiring jenazah ke tapak perkuburan.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut hadir pada upacara pengebumian itu berkata kredibiliti Allahyarham sebagai pengarah filem bertaraf antarabangsa akan dikenang dan negara kehilangan pengarah yang berbakat.

"Kami (rakan-rakan yang mengenali Yasmin) begitu sedih dengan pemergiannya. Sebenarnya, satu perundingan antara Yasmin dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd) telah dibuat untuk mengeluarkan lebih banyak filem dan tayangan berbentuk komersial bertemakan 1Malaysia dan perpaduan kaum," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Tony Fernandez berkata arwah seorang insan yang sangat istimewa kerana sentiasa mempunyai idea-idea dalam menghasilkan karya bermutu bagi merealisasikan konsep 1Malaysia.

Penulis lirik terkenal Habsah Hassan berkata walaupun arwah bersikap terbuka dan karyanya sering menimbulkan kontroversi berdasarkan keterbukaan serta keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan, namun pemergian Allahyarham suatu kehilangan besar dunia seni perfileman tanahair.

"Tempat Yasmin sebagai pengarah filem tidak dapat dicari ganti, beliau cepat mesra dan mudah menarik perhatian orang. Itu merupakan satu sikap yang bagus sebagai seorang pengarah bagi menjalinkan kerjasama di kalangan pelakon untuk berlakon di bawah arahannya," katanya.

Pengarah filem terkenal Othman Hafsham berkata, walaupun beliau tidak begitu mengenali arwah, namum arwah banyak berkongsi idea dengannya dalam menghasilkan karya-karya filem dan iklan tv yang bermutu tinggi.

"Arwah seorang karyawan yang sentiasa mempunyai idea bernas dalam karyanya ...membudayakan hidup perpaduan kaum di dalam karyanya. Di tanah perkuburan ini dapat dilihat semangat itu yang menyatukan kaum di negara ini," katanya.

Senator Tan Sri Jins Shamsudin turut memberikan pandangan yang sama terhadap arwah sebagai seorang pengarah yang berpotensi dan mempunyai kebolehan luar biasa dalam menghasilkan karya-karyanya.

Pihak media tidak dibenarkan membuat liputan dan merakam gambar semasa jenazah disembahyangkan dan pada upacara pengkebumian.

E-mel spam guna nama Michael Jackson

Pemilik akaun e-mel dinasihatkan berhati-hati sekiranya menerima mel elektronik yang dihantar daripada alamat pengirim yang menggunakan nama bekas Raja Pop Dunia, Michael Jackson.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan Syamantec Corporation, semalam, e-mel spam itu dihantar ke seluruh dunia menggunakan tajuk 'Remembering Michael Jackson' dan disertakan fail lampiran 'Michael song and picture.zip' boleh menjejaskan sistem komputer individu dan syarikat.

"Symantec mengesan virus ini sebagai W32.Ackantta.F@mm. Perlu

diingatkan bahawa virus ini bukan saja merebak melalui emel, malah melalui peranti pemboleh ubah lain seperti cakera pemacu.

"Individu atau syarikat dinasihatkan melindungi komputer peribadi mereka dengan memuat turun perisian antivirus atau mengemaskini setiap masa selain menggunakan antivirus seperti Norton Internet Security dan Norton 360 sebagai langkah kawalan," katanya.


Jackson dikebumi cara Islam - satu pendusta

Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam.

"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.

"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.

Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya.

Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.

Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.

Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles.

Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.

Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam.

jikalau ia benar .. knp keranda mj bersadur emas dan kenapa memerlukan keranda .. sebagai orang islam cukuplah sekadar kain kapan yang berwarna putih serda berdoa ... bukan nya konsert atau sebagainya.... fikir-fikirlah

Benar......otak mj tak di kebumikan ...Keranda pula emas ....

Keluarga Raja Pop dari Amerika Syarikat, Michael Jackson dilaporkan mahukan keranda penyanyi itu ditutupi konkrit bagi menghalang peminatnya daripada menggali dan mencurinya.

Selain itu, mayat penyanyi itu juga akan dikebumi tanpa otaknya yang ada di pejabat perubatan. Otak Jackson masih diuji untuk mengetahui punca kematiannya tetapi keluarga penyanyi itu tetap meneruskan pengebumiannya.

Jackson akan dikebumikan dalam sebuah keranda jenis 'Promethean' yang dilengkapi dengan lapik baldu biru dan kemasan cermin.

Penyanyi terbabit juga akan dipakaikan kostum pentas sebelum ditempatkan dalam keranda bersadur emas terbabit bersama beberapa barangan semasa hidup beliau termasuk satu sarung tangan putih yang gemar dipakai beliau.

Bagaimanapun, ada laporan media Amerika memetik seorang rakan keluarganya mahukan keranda itu ditutupi konkrit sebaik saja selepas upacara pengebumian yang dijangka dibuat secara rahsia sebelum upacara penghormatan terakhir umum Selasa ini kerana dibimbangi ada peminat fanatik cuba menggali kuburnya.

Berjuta peminat dijangka hadir majlis memperingati Jackson di Neverland. Jackson yang mati pada usia 50 tahun dijangka dikebumikan sementara di sebuah perkuburan.

Tetapi, tempat persemadian kekal sudah ditetapkan oleh ahli keluarganya di Neverland, barat laut Los Angeles, kediaman penyanyi itu sehingga 2005.

Tempat itu bersebelahan stesen keretapi dalam Neverland. Jackson pernah menaiki kereta api yang dinamakan sempena nama ibunya, Katherine setiap hari untuk ke zoo persendirian di rumahnya itu.

Adalah menyalahi undang-undang California untuk mengebumikan mayat di luar kawasan perkuburan tetapi keluarga penyanyi itu akan mencabar perkara berkenaan.

Bagaimanapun, ia dijangka mengambil masa berbulan-bulan untuk mendapatkan kebenaran undang-undang. Kawasan pengebumian awal dijangka di Forest Lawn Memorial Park yang turut menyaksikan bintang seperti Marvin Gaye dan Bette Davis dikebumikan.

Bagaimanapun, keluarga itu akan memutuskan untuk menetapkan lokasi sebenar kawasan perkuburan sebagai rahsia sebelum membawa keranda penyanyi itu ke Neverland.

Selain bimbangkan risiko adanya pihak yang akan mengorek mayat beliau, ahli keluarga juga bimbang bahawa kubur itu akan diceroboh atau diconteng berikutan perbicaraan beliau pada 2005 lalu membabitkan dakwaan terhadap penderaan kanak-kanak.

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Hayati kandungannyaBismillahirrahmanir rahim.Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita,insya Allah... Bila Paderi Terpaksa Buka RahsiaAda seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya diAmerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allahberupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar,dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalandengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapansemoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan diAmerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula diakeberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhipermintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangkudengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatanlantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihatkepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Akuharap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetaptidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Akuminta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemudaini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahubahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapatdi wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkankehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untukmemalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslimitupun menerima tentangan debat tersebut.Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan andaharus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,"Silakan!"Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yangtiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yangtiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yangtidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yangtiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.""Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yangdimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdustanamun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Diatidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayahdan ibu!""Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dansiapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?""Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakahyang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daunmempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepadaAllah.Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "DanKami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketikaKhidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketikamenegakkan kembali dinding yang hampir roboh.-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakanmakhluk.-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamusekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yangtidak seimbang." (Al-Mulk: 3).-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allahs.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada NabiMusa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.*-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kalilipat." (Al-An'am: 160).-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapatdalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlahdaripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusufditambah dengan ayah dan ibunya.-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulaimenyingsing. " (At-Takwir: 18).-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara NabiYusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekatbarang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayahmereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suarakeldai." (Luqman: 19).-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialahAbu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab denganbatu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah AshabulKahfi (penghuni gua).-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu DayaWanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanitaitu sangatlah besar." (Yusuf: 28).-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaranmatahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalahHari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malamhari dan Dua di siang hari.Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslimtersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnyadan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan inidisetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimutikeraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikankekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja ituterus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cubamengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanyadia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidakmampu menjawabnya! "Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takutkalian marah."Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agamaIslam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga merekadengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
**NOTA:Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandunganAl-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaanorang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahubahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya)apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimahitu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pastisama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak.Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah DuaKalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) keranabimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.Wallahua'lam

soalan yg comfirm kite bleh jawb ngn x leh jawab

Soalan-soalan yg confirm boleh dijawab....
Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?
Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?
Soalan 3 : Siapakah RAJA SMS MALAYSIA ?
Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?
Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?
Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?
Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?
Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?
Soalan 10 : Siapakah penyanyi lagu "Aduh Saleha"?
Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya.. .........Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.
Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?Jawab: Surah at-Takwir.
Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?Jawab: Surah Yasin.
Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?Jawab: Surah al-Ikhlash.
Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)
Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?Jawab: Surah al-Fajr.
Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran ?Jawab: Surah an-Nur.
Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).
Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?Jawab: Surah al-Fatihah.
Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.
Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?Jawab: Salman al-Farisi.
Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.
Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.
Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.
Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.
Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?Jawab: Surah an-Nisa'.
Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?Jawab: Surah al-Kautsar.
Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?Jawab: Surah al-'Adiyat.
Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?Jawab: Sepuluh tahun.
Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.
Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?Jawab: Surah al-Mumtahanah.
Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.
Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?Jawab: Siti Maryam.
Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.
Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.
Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?Jawab: Surah al-Maidah.
Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?Jawab: Surah al-Ikhlash
Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?Jawab: Surah ar-Rum.
Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?Jawab: Surah an-Nur ayat 31.
Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)
Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.
Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.
Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?Jawab: Dalam 305 ayat.
Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.
Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).
Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.
Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.
Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?Jawab: Surah Saba '.
Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?Jawab: Surah al-'Alaq.
Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.
Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?Jawab: Surah al-Fatihah.
Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?Jawab: Surah al-Muthaffifin.
Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.
Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.
Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?Jawab: 4 surah..
Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.
Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?Jawab: Nabi Musa as.
Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.
Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?Jawab: Surah al-Isra'Soal
50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?Jawab: Siti Maryam.
Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?Jawab: Surah an-Nur.
Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?Jawab: Surah al-Kautsar.
Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?Jawab: Surah an-Nisa'.
Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.
Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?Jawab: Burung Ababil.
Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?Jawab: Nyamuk.
Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).
Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.
Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?Jawab: Sa'id bin Jubair.
Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?Jawab: Imam Ali as.
Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?Jawab: Air susu.
Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?Jawab: Nyamuk.
Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?Jawab: Malam Lailatul Qadr.
Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?Jawab: Tartil.
Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.
Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.
Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?Jawab: Imam as-Sajjad as.
Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?Jawab: Surah Yasin.
Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.
Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?Jawab: Bulan Ramadhan.
Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.
Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.
Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?Jawab: Nahjul Balaghah
Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.
Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?Jawab: Huruf alif.
Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?Jawab: Huruf zha'.
Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.
Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?Jawab: 25.500 huruf.
Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?Jawab: 42 huruf.
Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?Jawab: Di Makkah.
Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?Jawab: Surah as-Sajdah.
Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?Jawab: Surah al-Ikhlash..
Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?Jawab: Surah Hud ayat 86.
Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?Jawab: Surah Yasin.
Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?Jawab: Surah Fathir.
Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?Jawab: 13 tahun.
Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?Jawab: Suara yang indah.
Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?Jawab: Bulan Ramadhan.
Soal 90: Apakah zikir terbaik?Jawab: Membaca Al-Qur'an.S
oal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.
Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56"
wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kamihamba2 mu yang bertaqwa..... .ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah

Kisah PokoK EpaL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanaklelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjatpokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya diaberehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitumenyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagimenghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu,suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilahbermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, akutidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu."Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budakremaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi darisitu.
Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.Masa berlalu...Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasagembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masauntuk bermain.
Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membinarumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?"Tanya budak itu."Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahandahankuyang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.
" Pokok epal itu memberikancadangan.Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergidengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasasedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.
Dia sebenarnyaadalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matangdan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku
bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kaumenolongku?" tanya lelaki itu."Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotongbatang pokok ini untuk dijadikan bot.
Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadangpokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannyapergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datangmenuju pokok epal itu. D
ia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokokepal itu."Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudahmemberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kaubuat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu."Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batangpokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,"jawab lelaki tua itu."Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Cerita Ini Sengaja Dipaparkan Untuk Mengajak Kito Berfikir Tentang Pengajaran DiSebalik Cerita Tersebut.
Sebenarnya, Pokok Epal Yang Dimaksudkan Di Dalam Cerita Itu Adalah Kedua-Dua IbuBapa Kita. Bila Kita Masih Muda, Kita Suka Bermain Dengan Mereka. Ketika Kita Meningkat Remaja, Kita Perlukan Bantuan Mereka Untuk Meneruskan Hidup. Kita Tinggalkan Mereka, Dan Hanya Kembali Meminta Pertolongan Apabila Kita Di Dalam Kesusahan.
Namun Begitu, Mereka Tetap Menolong Kita Dan Melakukan Apa Sahaja Asalkan Kita Bahagia Dan Gembira Dalam Hidup. Anda Mungkin Terfikir Bahawa Budak Lelaki Itu Bersikap Kejam Terhadap Pokok Epal Itu, Tetapi Fikirkanlah, Itu Hakikatnya Bagaimana Kebanyakan Anak-Anak Masa Kini Melayan Ibu Bapa Mereka. Hargailah Jasa Ibu Bapa Kepada Kita. Jangan Hanya Kita Menghargai Mereka Semasa Menyambut Hari Ibu Dan Hari Bapa Setiap Tahun. Semoga Memberikan Keinsafan Dan Kesedaran Kepada Remaja Kita