Rss Feed

Kisah orang Melayu yang tidak kebulur lagi…

ORANG-orang Melayu, nampaknya seperti sudah terlalu selesa dengan kehidupan mereka di negara ini. Mereka tahu apa yang mereka mahu, mereka akan dapat. Tidak kiralah mereka itu menyokong kerajaan atau menyokong pembangkang – orang Melayu tidak akan kebulur hidup dalam negara ini.

Maka itulah, dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau ini - slogan “kami sudah tidak kebuloq dengan BN” dimainkan dari atas lori-lori kecil bergerak (seperti iklan wayang cerita P. Ramlee). Lori dicat hijau itu bergerak ke segenap cerok kampung. Orang Melayu yang melihatnya bersenyum. Kanak-kanak Melayu di kampung-kampung terlompat-lompat keriangan. Orang Cina yang berniaga di kedai-kedai menarik nafas lega - kerana orang Melayu sudah ada wang untuk membeli barangan jualan mereka.

Slogan itu tiada salahnya. Memang benar. Orang Melayu di Malaysia ini sudah tidak kebulur. Anak-anak boleh kerja - paling rendah pun di kilang-kilang - dan paling tinggi anak-anak lulusan universiti yang bekerja besar di Kuala Lumpur dan bandar besar. Anak-anak orang Melayu kini sudah boleh belajar sehingga ke Amerika, England, Australia - dihantar kerajaan dan Mara. Setiap bulan anak-anak yang bekerja akan menghantar wang pulang ke kampung - oleh itu, tiada siapa yang kebulur lagi.

Yang menoreh getah - semalas-malas mereka pun boleh mengumpul sekerap berharga RM2 sekilo, masih boleh hidup. Yang mengait kelapa sawit - harga pasarannya sekarang tinggi dan lumayan. Pendek kata, orang Melayu sudah tidak kebulur. Mereka tidak perlu lagi ‘tongkat’ kerajaan BN untuk menyuap ke mulut mereka.

Yang berniaga kecil, kerajaan Pusat memberikan kepada orang Melayu bantuan pinjaman kecil TEKUN atau bantuan Ikhtiar. Tak kiralah orang itu orang UMNO ke, Pas atau PKR semua beratur untuk memohon bantuan itu. Pendek kata, tiada siapa lagi yang akan kebulur. Sama ada mereka akan bayar balik pinjaman itu atau tidak - itu soal lain. Masing-masing akan mendapat pinjaman mudah sekurang-kurangnya RM10,000 untuk modal berniaga.

Oleh itu, memang betullah kata orang Pas dan PKR dari atas lori kecil itu - “kami tidak kebulur dengan BN lagi”.

Mereka menjerit-jerit tidak mahu dibantu lagi. Orang Melayu - Pas, PKR, malah mungkin seluruh orang Melayu tidak lagi kebulurkan bantuan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN). Jika tidak, masakan mereka membawa slogan seperti itu.

Kita tidak pasti apakah itu namanya takbur atau lupa daratan, tapi itu tidak penting bagi pihak tersebut, asalkan mereka sudah tidak kebulur lagi. Seorang rakan yang bersama-sama membuat tinjauan di Bukit Selambau ini mengulas slogan itu dengan satu perbandingan analogi kisah ‘‘Anak dan Bapa.”

Katanya, si bapa yang mengasuh dengan penuh kasih sayang anak-anaknya - sekolah yang cukup, makanan, pakaian dan macam-macam lagi, tiba-tiba terkejut dengan sikap anaknya yang berubah setelah dia dewasa dan sudah boleh berdikari.

Si anak, mula menganggap si bapa itu sudah tidak penting lagi. Si anak merasakan dia sudah boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan bantuan lagi. Si anak yang dibela sehingga berjaya itu beranggapan dirinya dan bapanya sudah mempunyai jurang generasi. Jika si anak itu seorang yang berterima kasih, dia akan membalas semula jasa-jasa bapanya - tapi jika sebaliknya, dia akan berkata: ‘‘Saya tidak mengharapkan (kebulur) bantuan bapa lagi’'.

Dalam tradisi Melayu - orang Melayu akan menghormati orang tuanya atau tok-tok gurunya - tapi mungkin di sebabkan berlakunya perubahan zaman, tradisi itu sudah tidak dipedulikan lagi.

Dengan rasa tinggi diri mereka mendabik dada mengatakan mereka sudah berjaya - maka itu mereka sudah tidak kebulur lagi dan tidak memerlukan bantuan lagi.

Jika itulah kehendak orang Melayu - maka mudahlah tugas kerajaan sekarang. Orang Melayu sudah tidak mahu dibantu lagi.

Namun, kita berharap keseronokan orang Melayu itu tidaklah seperti apa yang dialami Pak Kaduk. Dia bersorak-sorak riang walaupun kampungnya tergadai.

Pak Kaduk tidak pernah terfikir bahawa tindakannya itu boleh menyebabkan anak cucunya satu hari nanti akan kebulur semula. Dia mungkin menang tapi dalam kekalahan.

Selangor Oh Selangor 2: Apa ada dalam notebook Beng Hock?

kisah Teoh Beng Hock, 30, amat tragik. Ia jarang-jarang berlaku dalam politik tanah air.

Semuanya terjadi pertengahan minggu lalu semasa SPRM memulakan satu siasatan mengejut. Mereka memanggil beberapa orang pemimpin Selangor bagi membantu siasatan berhubung soal tuntutan peruntukan kerajaan.

Beberapa hari sebelum itu, senario politik Selangor telah pun mula berkocak. Ia ekoran kisah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang membuat satu pendedahan. Melalui blognya http:\\weechookeong.wordpress.com beliau mendakwa mengenai 'orang yang ada kaitan dengan aktiviti underworld' di Selangor. Ia adalah mengenai kegiatan kongsi gelap yang dikatakan disokong oleh pihak tertentu.

Namun isu kongsi gelap itu terhenti seketika apabila pada hari Khamis, negara tersentak dengan tragedi berdarah yang berlaku ke atas Beng Hock, Setiausaha Politik Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Sehari sebelum itu akhbar The Star menyiarkan gambar Beng Hock bersama-sama dengan bosnya, Hian Wah bertemu dengan seorang pegawai penyiasat SPRM di SUK Selangor.

Beng Hock ditemui mati selepas selesai membantu SPRM menyiasat mengenai kes penggunaan peruntukan kerajaan itu. Beliau berada di pejabat suruhanjaya itu dari pukul 6 petang hingga 3.50 pagi.

Sepanjang tempoh siasatan itu, Beng Hock bekas wartawan Sin Chew Daily itu dikatakan telah memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya. Banyak dokumen yang perlu disemak satu persatu. Beliau turut dikatakan membantu menyusun dokumen-dokumen di atas meja. Malah beliau berjanji akan membawa lagi dokumen untuk diteliti di pejabat SPRM itu. Tapi semua itu tidak sempat, beliau kemudiannya ditemui mati.

Difahamkan Beng Hock, yang merupakan seorang pemuda yang bercakap lembut dan kaki buku mulai gelisah apabila komputer ribanya mula dibuka. Ia dikatakan berlaku sekitar pukul 1 pagi. Tidak pasti apa ada dalam komputer itu yang menyebabkan beliau terlalu gelisah. Tapi yang jelas bahan-bahan dalam komputer itu amat penting untuk siasatan.

Pihak forensik polis kini dipercayai telah mengambil komputer riba itu daripada SPRM untuk siasatan lanjut.

Apa sekalipun, isi kandungan dokumen-dokumen yang ada dalam komputer riba itu akan diteliti. Mungkin juga ada maklumat-maklumat penting yang boleh membongkar satu demi satu lagi cerita.

Kita tidak tahu apa ada dalam komputer itu, tapi lazimnya sesuatu siasatan polis atau pihak berkuasa lain akan menjurus kepada pelbagai elemen kejutan 'cari benda lain akan terjumpa benda lain'.

Kita juga tidak pasti mengapa pihak di luar sana ada yang 'melompat-lompat' mengenai isu ini. Kadangkala perbuatan mereka itu kelihatan amat pelik. Apakah mungkin mereka juga turut resah gelisah mengenai siasatan itu? Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

Perlukah suruhanjaya siasatan ditubuhkan?

Walaupun banyak pihak - terutama pembangkang mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes Teoh ini, tapi banyak juga pihak yang tidak begitu yakin dengan hasilnya kelak.

Mereka tidak mahu ia menjadi satu gelanggang yang hilang arah dan tiada fokus. Mereka juga tidak mahu ia kelak akan menjadi gelanggang untuk pihak-pihak tertentu mengaut faedah politik, melebihi matlamat asal penubuhannya.

Suruhanjaya membabitkan isu ketuk-ketampi seorang wanita yang disebut sebagai warga China, misalnya dikatakan telah hilang arah dan tersasar sehingga akhirnya mengaibkan Kerajaan Malaysia. Tidak semena-mena, kerajaan terpaksa menghantar seorang wakil bertaraf menteri untuk memohon maaf kepada Republik Rakyat China. Walhal ia akhirnya hanya membabitkan seorang wanita Melayu. Ia juga dikatakan telah mengaibkan pihak polis sendiri melalui sebuah penubuhan suruhanjaya aduan.

Begitu juga dengan suruhanjaya membabitkan isu V. K. Lingam - ia dikatakan gagal dikawal sehinggakan prosiding suruhanjaya itu menjadi seperti sebuah open trial di mahkamah biasa.

Janganlah ulang kesilapan-kesilapan itu. Jika mahu ditubuhkan sekali pun suruhanjaya itu, ia haruslah dilaksanakan dengan teliti dan teratur.

Kita tidak mahu kerajaan terjerat dengan desakan demi desakan yang kelak akan merugikannya, dan hasilnya tidak kelihatan. Sebaliknya pihak yang mendesak pula akan mendapat keuntungan politik hasil pancingan mereka.

Dalam keadaan sekarang, biarlah pihak polis yang meneruskan siasatan itu secara telus dan berhemah. Disebabkan ia sudah menjadi satu kes berkepentingan umum sudah tentu setiap aspek siasatan akan diikuti secara teliti oleh semua pihak. Oleh itu kita berharap siasatan dapat dijalankan secara profesional.

Namun, yang menariknya isu Beng Hock ini, ia sebenarnya telah membantu meredakan kemelut politik beberapa pihak tertentu di luar sana. Ia berlaku semasa isu underworld tengah panas, isu Kampung Buah Pala tengah panas dan isu banglo mewah Ketua Menteri di sebuah negeri, tengah panas.

Bacalah, hayatilah demi gagasan UMNO-Pas

SASTERAWAN Negara, Datuk Dr. Usman Awang (12 Julai 1929 - Ramadan 29 November 2001) mencoret sajak bertajuk Melayu dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Renungilah, hayatilah setiap patah ayat-ayat keramat bekas wartawan Utusan Melayu ini; yang segenap hidupnya dikorbankan demi berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

Allahyarham seorang penulis yang berani. Beliau menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa bangsanya, agamanya dan tanah airnya. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis apabila sudah berani menyatakan sikap.

“Kalau tak berani tak payah jadi penulis,” kata Tongkat Warrant.

Demi orang Melayu yang amat mengharapkan gagasan perpaduan UMNO-Pas - yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk apa yang dikenalinya sebagai ‘kerajaan perpaduan’ - sekali lagi, bacalah, hayatilah sajak ini...

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang
Al-Fatihah

Gerhana matahari dan gerhana kesetiaan

GERHANA I

Asar kelmarin semasa bulan dalam proses melindungi matahari, saya berada di dalam surau bersama-sama jemaah kariah.

Walaupun hanya dua saf, lelaki dan wanita serta kanak-kanak bersolat sunat gerhana matahari dengan penuh khusyuk. Kepada yang pertama kali melakukan ritual itu ia agak berbeza sedikit. Solat sunat dua rakaat itu mempunyai empat kali rukuk iaitu rukuk dua kali setiap rakaat dengan bacaan Al-Fatihah.

Imam, Ustaz Amir Noor Hezam yang memimpin solat itu memberi penerangan sebelum solat - niatnya dan cara-caranya, sama seperti dilakukan oleh tok imam sebelum solat hari raya.

Dan yang paling unik ialah SMS yang saya terima memaklumkan mengenai solat itu dari AJK Surau Al-Hidayah. Di akhir mesej itu, ada nota: Semua digalakkan memakai serba putih. Putih? Saya bertanya mengapa putih? Ia bukanlah wajib, tapi simbolik menandakan hari istimewa yang bukan berlaku selalu. Mungkin ia adalah fenomena yang berlaku buat kali terakhir dalam hidup kita yang pendek ini. Difikir-fikir ada logiknya juga, mungkin ia adalah gerhana terakhir kita.

Orang tua, muda (seperti saya) dan anak-anak semuanya memakai attire khusus itu (abang Rosli terpaksa menyelongkar gerobok - wardrobenya mencari seluar putih!). Para wanita memang pun telah putih dalam telekong.

Khatib kemudian membaca kuthbah ringkas (sama seperti khutbah solat hari raya) yang isi kandungannya mengenai soal-soal keinsafan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT dan kepada sesama manusia. Beliau kemudian menutup khutbahnya dengan satu peringatan: "Sedikit sebanyak dengan ibadah yang kita lakukan hari ini akan menyiapkan kita semua jika tiba masanya matahari naik dari arah barat kelak."

(Nota tambahan, petikan Kosmo! semalam muka 49: NEW YORK: Dunia akan kiamat tiga tahun lagi? Sebuah akhbar di sini semalam melaporkan berdasarkan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah, kod tersembunyi kitab Injil, Perjanjian Lama dan teori pergerakan planet, dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012 - Begitu jahilnya mereka tidak memetik kitabullah al-Quran!).

Saya dan jemaah lain - termasuk anak-anak mendengarnya dengan begitu khusyuk sekali khutbah itu.

Selepas majlis ini, semua jemaah menjamu selera dengan jamuan yang cukup istimewa. Itulah istimewanya jemaah surau Al-Hidayah, terletak di sebuah perkampungan di pinggir Shah Alam. Setidak-tidaknya anak-anak tahu adanya ritual yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan disunahkan kepada umatnya selama ini.

Terima kasih kepada Datuk Dr. Noor Azmi, Encik Mohd. Noor, abang Aziz dan juadah mi sanggul istimewa abang Hamid dan lain-lain.

GERHANA II

MenceritakaN mengenai keikhlasan dan kesetiaan, ia adalah dua istilah yang semua manusia tahu dan amalkan. Ia daripada kata dasar ikhlas dan setia (taat). Ia diamalkan dalam serba-serbi kehidupan.

Dalam agama soal itu amat dititikberatkan. Ikhlas dan taat kepada tuhan - dalam konteks Islam ialah kepada Allah SWT. Kedua-dua istilah itu bersangkutan dengan keimanan yang menjadi tiang tunggak kepada agama yang dianutinya.

Dalam kehidupan berkelamin, ikhlas kepada ikatan suami dan isteri. Mentaati pasangan masing-masing adalah akad yang diucapkan sebelum termeterainya secara sah pasangan itu. Begitu juga dalam kekeluargaan kepada ibu bapa, sanak saudara. Begitu jugalah dalam soal kerjaya. Kerja harus dilakukan secara ikhlas, bersungguh-sungguh dan komited. Kesetiaan kepada tempat kerja adalah kemestian bagi memastikan syarikat atau kantor itu beroleh kejayaan untuk faedah kakitangan-kakitangannya.

Di medan perang dua istilah itu cukup penting. Tanpanya tentera yang dianggotainya pasti akan tewas. Kesetiaan ialah mengenai ketaatan. Jika seseorang askar itu berpaling tadah, hancurlah barisan pertahanannya.

Di dalam tentera berpaling tadah atau menyerah diri atau juga disebut menderhaka, hukumannya ialah: Tiada ampun.

Begitu juga dalam politik. Ikhlas dan setia akan menjamin parti yang dianggotainya itu utuh dan kuat. Jarang-jarang ada anggotanya berpaling tadah. Jika tidak suka sekali pun, keluar dan duduk diam-diam. Namun dalam konteks Malaysia sekarang sudah ramai yang mulai berpaling tadah. Rata-rata yang berpaling tadah adalah disebabkan kes-kes yang terlalu remeh - kerana kedudukan dan kuasa.

Mungkin ini yang dinamakan politik dunia ketiga. Soal kepentingan bangsa ditolak ketepi. Soal kepentingan agama dan tanah air bukan lagi keutamaan. Kerana hati, apa nak jadi jadilah.

Yang peliknya di Malaysia, orang yang macam ini mendapat sokongan kuat, disanjung dan diangkat, walaupun rekodnya dia adalah penderhaka, tidak ikhlas dan tidak setia.

Mungkin benar dunia sudah di penghujungnya. Allahualam.

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Lihatlah realiti wahai Lim Kit Siang...

Saudara Lim Kit Siang cukup nyaring, berapi-api dan kasar semalam ketika membangkitkan mengenai isu biasiswa kerajaan di Dewan Rakyat - yang dakwanya ia diagihkan secara tidak adil dan hanya mengutamakan orang Melayu dan bumiputera sahaja.

Saya sungguh hairan mengapa beliau membangkitkan isu mengenai kaum itu. Kaum mana yang beliau sebenarnya perjuangkan dalam partinya? Jika orang Melayu ketinggalan dalam serba-serbi adakah beliau akan membelanya? Jika kebanyakan orang Melayu dan kaum bumiputara lain masih terkial-kial di luar bandar - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang - membanting tulang di sawah-sawah padi, sedangkan tauke-tauke hidup senang-lenang, adakah DAP akan turut menjadi juara membela mereka?

Mengapa DAP yang mendakwa berjuang berdasarkan hak asasi manusia, kesaksamaan, keadilan sosial dan ekonomi tidak mahu memperjuangkan nasib kaum bumiputera yang masih ketinggalan dalam ekonomi, sosial dan serba-serbi?

Mengapa isu biasiswa kerajaan (yang terlalu sedikit jumlah itu) digembar-gemburkan sehingga menjadi sebagai isu yang membara dan terlalu besar? Apakah Kit Siang mahu meraih simpati politik dan mahu mencetuskan suasana panas di kalangan kaum?

Tahukah Kit Siang kaum mana yang paling ramai belajar di luar negara sekarang? Berapa banyak yayasan-yayasan persendirian yang dikuasai oleh tauke-tauke besar, jutawan dan bilionair Cina yang menaja pelajar-pelajar bangsa mereka.

Jika kerajaan tidak memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar bumiputera yang cerdik pandai ini siapa lagi yang mahu memberinya?

Tahukah Kit Siang siapakah anak- anak bumiputera yang pandai-pandai itu. Kebanyakannya mereka datang dari luar bandar. Siapa yang mahu mempedulikan mereka jika bukan kerajaan? Apakah yayasan-yayasan yang disebut tadi mahu menaja anak-anak kampung itu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terbaik?

Kita tidak menafikan soal meritokrasi amat penting dalam penganugerahan biasiswa itu. Siapa yang layak dia akan dapat, tapi janganlah terlalu mempersoalkan isu ini sehingga menyebabkan kaum- kaum lain marah kepada kerajaan dan orang Melayu - kononnya kaum lain (terutamanya kaum yang banyak menyokong DAP) dinafikan hak dan diketepikan.

DAP cuba menonjolkan bahawa yang jahat ialah orang Melayu dan kerajaan.

Lihatlah hakikat di depan mata kita sekarang. Berapa ramai pelajar-pelajar bukan Melayu yang mendapat tajaan - malah oleh negara jiran untuk belajar di negara itu dan akhirnya terus menetap di sana, di Hong Kong malah di Taiwan.

Kita hairan, salahkah jika kerajaan mahu menolong anak-anak bumiputera yang mewakili kaum majoriti di negara ini? Di negara jiran Singapura juga, masih wujud jurang dan ketidaksamaan meklibatkan kaum. Tapi Melayu di sana tidak pernah berkobar-kobar pun seperti Kit Siang? Apakah orang Melayu di Singapura tidak boleh berkata apa-apa? Itu kita tidak tahulah. Tapi negara itu juga mengamalkan pendekatan yang sama seperti yang diamalkan oleh DAP di negara ini, bukan?

Oleh itu Kit Siang dan pihak-pihak lain, lihatlah kenyataan di depan anda. Siapa dia barisan bilionair-bilionair dan laksawan (terlalu kaya) yang hidup mewah di negara ini? Siapa dia yang menguasai ekonomi di negara ini? Siapa ahli-ahli profesional yang bersepah di negara ini? Siapa pemilik kedai-kedai perniagaan kecil atau besar di merata pelosok tempat di tanah air ini? Siapa yang tinggal di banglo-banglo besar yang merata di bandar-bandar besar di negara ini?

Saudara Kit Siang, tolonglah janganlah membangkitkan soal-soal yang boleh membakar perasaan antara kaum lagi. Kita sudah letih, kita sudah bosan. Kita mahu hidup dengan aman, tenteram dan harmoni. Kita mahu supaya kekayaan di negara ini dikongsi bersama - bukan oleh satu pihak sahaja. Kita mahu orang Cina juga mengajar orang Melayu berniaga.

Hakikatnya jika kita perincikan dasar-dasar kerajaan sebenarnya ia sebenarnya telah 'mengkayakan' bangsa lain yang mendapat tempiasan lebih lumayan daripada orang Melayu dan kaum bumiputera itu sendiri.

Jika dulu selepas peristiwa 13 Mei 1969 rakyat Malaysia kembali bertaut untuk hidup aman damai dan hormat menghormati - bagi membantu antara kaum memperbaiki diri masing-masing - mengapa falsafah itu semakin longgar?

Apakah kita semua sudah lupa? Apakah kita semua ini semakin selesa? Apakah kita ini sudah terlalu sombong dan bongkak?

Hakikatnya orang bumiputera di negara ini masih perlu dibantu. Lihatlah di mana orang Melayu berada? Jika saya katakan orang Melayu di Pulau Pinang adalah golongan kelas kedua - apakah DAP akan marah? Tapi itulah hakikatnya. Di mana pula orang Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lainnya? Mereka semua masih perlukan bantuan.

Hayatilah puisi Usman Awang (seperti Cuit minggu lepas) yang menggambarkan murahnya hati orang Melayu:

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak dipangkuan mati kebuluran"
Lihatlah realiti itu wahai Kit Siang. Janganlah emosional, anda mewakili kaum yang paling bernasib baik di muka bumi ini.

Nik Aziz oh Nik Aziz, tok guru yang hebat...


LIM Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng gembira, Anwar Ibrahim puas manakala Hadi Awang kelihatan serius di mesyuarat membincangkan kedudukan pelan gagasan kerajaan perpaduan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur kelmarin. Idea Hadi itu ditolak.


SYABAS Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas Pas kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya - yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini 'orang-orang tertentu' akan mengecap kita ini sebagai rasis.

Cita-cita Pas ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama - sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal.

Beliau tidak percaya kepada pengertian kebangsaan - atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. Melayu bagi beliau ialah elemen assabiyah yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud.

Itulah antara kegagalan gagasan tersebut. Awal-awal lagi Nik Aziz menolaknya, walaupun kumpulan lain dalam Pas mahu rundingan itu dimulakan. Presiden Pas, Hadi Awang yang mencetuskan idea itu. Ia disambut oleh kumpulan bukan-Erdogan, terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Sambutan Nasharudin itu mengakibatkan beliau 'menghilangkan diri' beberapa hari kerana dimarahi teruk oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.

Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO. Nik Aziz terlalu emosional kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim yang bimbang melihat berlaku krisis keyakinan yang merugikannya dalam pakatan itu pergi menghadap Nik Aziz di Kota Bharu sebelah pagi Ahad - beberapa jam sebelum Hadi pulang dari luar negara malam itu.

Ternyata dalam pertemuan itu Anwar berjaya mempengaruhi Nik Aziz, atau mereka berdua merancang untuk 'menyelesaikan' kemelut ini - tanpa pengetahuan pencetus idea, Hadi.

Hadi yang ditemui pemberita di lapangan terbang KLIA berkata, Pas akan mengadakan perbincangan mengenai gagasan itu keesokan harinya.

Keesokan harinya (Isnin lalu) pakatan pembangkang yang dihadiri Anwar, Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng tersenyum puas. Hadi yang turut berada di dalam mesyuarat sejam pakatan itu di bangunan Parlimen terpaksa 'malu alah' dan bersetuju mengeluarkan satu kenyataan sebulat suara menolak gagasan itu. Kenyataan tiga perenggan itu ditandatangani oleh Anwar, Hadi dan Kit Siang.

Nasharudin tidak hadir dalam pertemuan itu.

Malamnya sebelum pertemuan itu, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang UMNO. Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Parti yang membawa negara ini sehingga ke tahap ini - berbanding Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan negara-negara Islam lain - dicercanya sebegitu rupa.

Itulah Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi keras berpolitiknya. Dia menyamakan UMNO seperti Ayah Pin. Dia juga menyamakan UMNO seperti pengganas komunis.

"UMNO ialah pertubuhan sesat, sama dengan Ayah Pin. UMNO dan komunis adalah sama. UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam," kata Menteri Besar Kelantan itu di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu.

"Bagaimana kita mahu bersetuju dengan UMNO? Mereka sekarang mahu minta kita lupa yang lepas dan bersatu dengan mereka. Mereka ini tidak tahu malu," katanya di hadapan rakan-rakan pakatannya Anwar dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw.

Awal hari itu (sebagaimana yang dilaporkan akhbar) Nik Aziz sudah mulai berlembut. Tapi beberapa jam kemudian di ceramah di Kuala Krai itu beliau buat pusingan-U di hadapan 5,000 penyokongnya dengan menghentam UMNO dalam kempen menjelang pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai ini.

Itulah Nik Aziz yang kita kenali. Beliau boleh membuat pusingan-U yang tajam. Itu pasal kita kata beliau bukan tok guru ajar mengaji, tapi ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang kental.

Berkata di hadapan pengikutnya yang fanatik itu, Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah.

Tambah beliau, umat Islam wajib menolak UMNO jika mereka takutkan Allah.

Benar Pas sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan mungkin tiada masalah kerana ramai rakyatnya 'Melayu', tapi corak pemerintahan Pas di Perak yang terikat kepada master DAP telah menunjukkan hitam putih corak pemerintahannya.

Belumpun panas duduk di kerusi Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan Pas Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.

Kini Nik Aziz merasakan Pas dan pakatan pembangkangnya yang layak memerintah negara ini. Jika tidak layak pun jangan bimbang, mereka akan dipimpin (ditunjuk ajar) oleh sebuah negara jiran yang yakin Malaysia kini sudah pun berada di persimpangan jalan. Negara itulah yang kini melatih Pulau Pinang dengan menghantar beberapa penasihat ke negeri itu.

Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Memang benar mereka sudah kuat. Mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali - sama seperti kata-kata Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.

Memetik kata-kata Bisik-Bisik Awang Selamat kelmarin "… sekiranya gagasan ini berjaya, ia akan menjadi satu pelan politik yang terhebat dalam sejarah tanah air."

"… tapi untuk merealisasinya bukan mudah. Pakatan pembangkang seboleh mungkin tidak mahu melihat rancangan itu berjaya."

Kenapa mereka tidak mahu melihat ia berjaya? Kerana jika gagasan ini berjaya, pakatan itu akan hancur lebur. Dan orang Melayu akan kembali kuat.

Apa pun tahniah dan syabas sekali lagi kepada Anwar dan Kit Siang serta tentunya tok guru Nik Aziz kerana berjaya menggagalkan gagasan itu.

Alkisah perihal ternakan babi di Malaysia

SU babi sering menimbulkan kontroversi di negara ini. Baru-baru ini ketua DAP Kedah dan Perlis mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di Kedah gara-gara babi. Bagi DAP, binatang itu melambangkan budaya majoriti kaum yang mereka wakili dan oleh itu ternakan itu perlu dipelihara. Sebarang isu yang melibatkan haiwan itu akan dipertahankan - waima putus kawan atau rakan pakatan sekali pun.

Satu-satunya wakil rakyat DAP di Kedah sanggup menjadi wakil bebas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kerana mempertahankan haiwan itu. Mereka marah kerana kerajaan Kedah, pimpinan Pas merobohkan rumah sembelihan ternakan itu di Kampung Berjaya, Alor Setar baru-baru ini. Isu-isu lain - kononnya kerajaan negeri itu mahu merobohkan kuil dan tokong hanyalah isu yang ditimbulkan kemudian. Isu utama ialah babi.

(Nota: Babi sering disebut secara sopan oleh orang Melayu dengan bunyi ejaan jawi ''ba-alif-ba-ya'' atau dengan sebutan ''ba'' sahaja. Saya tidak pasti mengapa orang Melayu (generasi lama terutama mak-mak kita) memanggilnya sebegitu, mungkin untuk menjaga hati rakan-rakan lain, atau kerana tidak sampai hati memanggilnya dengan sebutan terus - babi.)

Apa istimewanya haiwan itu? Mengapa ia begitu penting kepada rakyat Malaysia? Hasil sedikit penyelidikan mendapati haiwan itu cukup penting dalam industri penternakan di Malaysia. Itu pasal banyak negeri tidak berapa peduli apabila bahan buangan daripada ladang-ladang ternakannya mencemarkan pantai-pantai dan sungai-sungai di negara ini. Yang penting industri ini amat menguntungkan.

Cuba lihat angka-angka ini. Mengikut perangkaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melalui laman webnya www.dvs.gov.my bilangan babi di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) pada 2008 ialah sebanyak 1,733,466 ekor; lebih banyak berbanding kerbau 133,381 ekor, lembu (847,757 ekor), kambing (437,805 ekor) dan berbiri 124,749 ekor.

Statistik sembelihan ternakan yang direkodkan oleh jabatan itu pada 2008 pula; babi disembelih sebanyak 1,715,890 ekor, kerbau (11,847 ekor), lembu (102,010 ekor), kambing (15,186 ekor) dan berbiri (4,197 ekor).

Dipendekkan cerita, ekoran betapa pentingnya industri itu, sila baca keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 April 2008 (yang turut dipetik oleh laman web Badan Peguam Malaysia www.malaysianbar.org.com pada 19 April 2008).

KUALA LUMPUR 18 April - Sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport daging babi ke republik tersebut.

Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan itu dibuat kerana harga daging babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia.

Sehubungan itu, katanya, beberapa syarikat dari China menyatakan minat untuk bekerjasama dengan penternak babi Malaysia bagi menampung permintaan daging babi yang semakin tinggi di negara itu.

"Beberapa syarikat menyatakan minat, tetapi kita tunggu dulu kunjungan wakil syarikat China itu ke Malaysia hujung bulan ini untuk membolehkan perbincangan lanjut.

"Setakat ini semuanya masih di peringkat awal dan tiada keputusan muktamad diambil," kata Kim Hee ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar The Sun hari ini memetik laporan Nanyang Siang Pau yang melaporkan Malaysia dalam perancangan mengeksport daging babi ke China buat pertama kalinya.

Kim Hee dalam laporan itu berkata, urusan berhubung hal tersebut dilakukan dengan dua buah syarikat dari China selain usaha untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Beliau dipetik sebagai berkata, jika Malaysia dapat menjadi pengeksport babi ke China, para penternak akan berpeluang memperoleh pendapatan yang baik termasuk dari segi pertukaran wang asing memandangkan pasaran yang besar di negara itu.

China yang mempunyai penduduk lebih 1.2 bilion dilaporkan berhadapan dengan kekurangan bekalan daging babi berikutan permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan penduduknya.

Ekoran taraf yang semakin baik, permintaan daging babi di negara berkenaan dilaporkan meningkat hingga China terpaksa mengimport daging babi dari Thailand, tetapi langkah itu juga dikatakan tidak mencukupi.

Malaysia sebelum ini turut mengeksport daging babi ke Singapura namun ia dihentikan selepas republik itu melarang import daging babi dari Malaysia berikutan penyebaran virus Nipah pada 1998.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Dr. Ibrahim Che Embong ketika diminta mengulas isu itu berkata, pihaknya belum menerima sebarang permintaan daripada para penternak babi berhubung penternakan besar-besaran untuk eksport ke China.

Dari segi dasar, ujarnya, hanya ladang ternakan secara moden yang dibenarkan ditambah manakala soal sama ada boleh atau tidak bilangan babi ditingkatkan terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

"Mengikut amalan, selaku tuan tanah, negeri yang buat dasar mengenai penternakan babi. Negeri-negeri memang hanya menumpukan untuk menampung keperluan babi dalam negara. Sejak dari tahun 2000, sudah tidak ada eksport babi termasuk ke Singapura.

"Statistik menunjukkan jumlah babi di Malaysia berjumlah 2.6 juta ekor tetapi babi boleh ditingkatkan pengeluarannya dengan cepat.

"Haiwan itu boleh beranak tiga kali setahun dan setiap kali beranak, ia boleh melahirkan 11 ekor anak.

"Mungkin sebab itu para penternak merancang terlebih dahulu dengan syarikat China kerana mereka tahu jumlah babi boleh ditingkatkan dalam masa yang singkat," katanya.

Kesimpulan saya ialah: Industri penternakan babi ialah cukup lumayan. Oleh itu timbul persoalan sekarang apakah ia membabitkan soal budaya atau ia telah menjadi isu komersial yang dikawal oleh kartel yang gagah dan orang politik hanyalah faktor untuk mengapi-apikan sahaja supaya isu itu kelihatan ''amat penting''.

Kedua, besarnya industri penternakan babi di Malaysia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amat bertoleransi. Siapa kata orang Melayu Malaysia yang beragama Islam menentang penternakan itu? Jika tidak sudah tentulah tidak sebegitu besar industri tersebut. Fikir-fikirkanlah.

Selangor Oh Selangor: Ia kalut dengan Underworld

SELANGOR OH SELANGOR... Negeri paling maju di negara ini hasil pentadbiran dan perancangan BN sejak dulu, dengan ibu negeri hebat Shah Alam - yang dikenali juga sebagai bandar Melayu, kini menjadi kalut. Ia bukan dikalutkan oleh perbuatan adu domba politik UMNO atau MCA mahupun MIC, tapi oleh masalah dalaman yang meruncing dalam pemerintahan setahun jagung itu.

Kalau kemelut politik biasalah, tapi kini atas kekalutan yang tidak terfikir dek akal. Polis pun telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kekalutan itu. Ketua Siasatan Jenayah Selangor, SAC II Datuk Hasnan Hassan mengesahkan penyiasatan dijalankan. Difahamkan ia membabitkan kes berprofil tinggi.

Akhbar NST menyifatkannya sebagai 'siasatan terhadap dakwaan seorang anggota Exco kerajaan negeri menggunakan pejabatnya untuk orang yang ada kaitan dengan aktiviti kurang sihat'.

Siasatan itu dibuat berdasarkan pendedahan bekas anggota DAP yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Choo Keong menggunakan istilah 'orang yang ada kaitan dengan aktiviti underworld'.

Underworld? Dari segi konteks jenayah ia bermakna 'pertubuhan yang terancang terbabit dalam aktiviti jenayah dan persundalan'. Dalam istilah mudah ia juga bermakna sebagai kongsi gelap.

Kita sebagai orang yang waras akan berkata 'tak masuk akal langsung'. Takkan seorang anggota Exco (yang tidak diberi nama oleh Choo Keong) sanggup melakukannya? Choo Keong yang dipetik oleh NST daripada laman blognya berkata, dakwaannya itu bukan satu 'rahsia' lagi dalam pentadbiran negeri itu.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blognya http:\\weechookeong.word press.com semasa menyokong kenyataan ADUN Bukit Antarabangsa, yang juga rakan PKRnya, Azmin Ali. Azmin mencadangkan supaya majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor dirombak.

Ekoran dakwaan itu, Peguam Negara mengarahkan siasatan segera dijalankan kerana ia merupakan satu dakwaan yang serius.

Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang ditanya pemberita berkata, beliau bersimpati dengan apa yang dihadapi Exconya, Ronnie Liu.

''Apa yang Wee (Choo Keong) buat bersifat peribadi. Saya bersimpati dengan Ronnie (Liu),'' katanya.

Nama Liu tidak disebut secara terus oleh Choo Keong, tapi menurut NST 'adalah difahamkan beliaulah (Liu) orangnya yang dirujuk oleh Choo Keong'.

Pemberita yang membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam bertanya kepada Liu, apakah dia akan menyaman Choo Keong. Liu sebaliknya mencabar Choo Keong menyebut namanya secara terbuka dahulu.

Apa seterusnya berlaku kita akan tunggu perkembangannya. Apa yang mahu dikomen di sini ialah tanggungjawab kerajaan negeri itu sendiri terhadap rakyat telah mulai terpesong. Sepatutnya dalam setahun pemerintahan kerajaan PKR yang didokongi DAP ini, ia sepatutnya menumpukan kepada pembangunan.

Cuba lihat di sekeliling Selangor, apa yang ada? Pembangunan yang hebat, kilang-kilang yang kini menjadi punca mata pencarian ribuan warga Selangor, juga oleh warga dari luar negeri itu malah golongan pendatang asing sendiri. Semua mereka menikmati hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Buruk mana sekalipun kerajaan BN dulu, itulah kemakmuran yang dibawa oleh mereka. Buruk mana sekali pun para pemimpin terdahulu - seperti yang didakwa oleh kebanyakan rakyat Selangor yang rata-rata terdiri dearipada orang Melayu sendiri - itulah hasil yang mereka kecapi sekarang.

Selangor dibangunkan daripada sebuah dataran yang gersang. Semasa saya menuntut di ITM pertengahan 80-an dulu, apa yang ada di Shah Alam? Shah Alam hanyalah sebuah pekan Melayu yang bangsa lain enggan memasukinya. Nilai tanahnya yang dikawal oleh penilai tanah bukan Melayu hanyalah berharga di bawah 50 sen sekaki persegi. Nah setahun lalu, sebelum kerajaan pakatan ini memerintah harganya menjulang naik sehingga ke paras RM50 sekaki persegi.

Shah Alam dan Selangor keseluruhannya cukup cemerlang. Kawasan baru dibangunkan - walaupun saya pernah menghentam bekas Menteri Besarnya, Dr. Khir Toyo atas isu penggondolan hutan berhampiran Bukit Cerakah - tapi pembangunannya selepas itu dilakukan secara terancang. Isu Bukit Cerakah itu sebenarnya telah membuka satu dimensi baru dalam perancangan pembangunan di negeri itu.

Kini kawasan-kawasan perumahan baru yang dimajukan oleh pentadbiran terdahulu dihuni oleh puluhan, malah ratusan ribu penduduk.

Kerajaan negeri telah memberikan tempat berteduh yang sempurna, sebuah bandar yang terancang dan kawasan industri yang dipenuhi kilang-kilang multinasional hebat.

Institusi pentadbiran Islam diurus dengan sempurna. Kompleks 'Masjid Biru' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dikelilingi oleh bangunan menara Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor. Terletak Kompleks Seni Islam di sebelah masjid itu, yang di dalamnya merupakan pusat penulisan khat al-Quran yang terkemuka. Siapa yang mengilhamkannya jika bukan kerajaan dulu.

Pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi latihan tumbuh bagai cendawan. Institusi inilah yang melahirkan tenaga mahir untuk menggerakkan negeri Selangor. Semua itu adalah di bawah perancangan dan realisasi kerajaan terdahulu.

Sungguh memalukan kerajaan negeri sekarang hanya pandai cari salah. Mengorek satu persatu mengenai isu-isu remeh yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu - tanpa mahu pun berterima kasih di atas infrastruktur yang telah dibina dan dihiasi kerajaan itu.

Kini, belum pun panas kerusi yang diduduki MB dan Exco-exconya, macam-macam pula isu timbul.

Rakyat yang menyokong dan memberi undi kepada mereka kini terkeliru. Apakah ini kerajaan yang mereka pilih? Apakah itu pemimpin yang mereka undi? Setahun bagi mereka sudah terlalu lama, mereka semakin muak dengan apa yang berlaku di Selangor ini. Mereka sedang melihat apa yang berlaku. Suara untuk mengembalikan Selangor ke zaman kegemilangannya semakin kedengaran. Ia semakin kuat.

Syabas BN! Nik Aziz kena

bermuhasabah banyak-banyak

KEMENANGAN Pas di Manek Urai (MU) memang sudah dijangka. Tapi tidaklah dengan majoriti sebegitu kecil. Dulu masa PRU-12 Pas menang dengan majoriti 1,352 undi. Semalam Pas menang dengan terlalu tipis. Siapa agaknya 65 undi itu?

BN telah bertanding secara terhormat di situ. Syabas BN. Nampaknya cahaya sudah nampak di hujung terowong di Kelantan. BN sudah mulai mendapat perhatian. Rakyat MU sememangnya inginkan perubahan dan kemajuan.

Janji-janji ikhlas yang dijanjikan BN telah mendapat perhatian. Separuh daripada rakyat Manek Urai mahu jajahan itu menjadi anak angkat kerajaan Pusat. Mereka juga mahu MU menjadi bandar agropolitan.

Namun, BN tiada rezeki. Walaupun satu undi pihak yang menang akan tetap menang.

Hakikatnya itulah politik Kelantan.

Dulu semasa pilihan raya umum pun dijanji begitu juga. Ia termasuklah janji membina Universiti Kelantan. Yang hebatnya, janji itu ditunaikan, walaupun BN kalah. Kini, tidak pastilah sama ada janji itu akan ditunaikan?

Ungkapan menarik orang Kelate ialah "orghe berghi kito ambik, undi toksah". Malah orang Kelantan di Kuala Lumpur pun bercakap dengan nada yang sama. Ironinya, ada di antara golongan yang bercakap itu merupakan penyokong kerajaan. Itulah uniknya orang Kelantan di mana-mana sekali pun.

Sejak Nik Aziz Nik Mat memerintah Kelantan 20 tahun, negeri itu penuh dengan politik. Siang malam politik. Ceramah agama pun politik. Saya sendiri pernah berkhidmat di Kelantan - semasa Nik Aziz mula-mula masuk ofis sebagai MB 20 tahun dulu. Ia adalah penempatan saya yang pertama di luar KL sebagai seorang wartawan muda. Sebagai pasangan orang Kedah, anak sulung saya lahir di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Memang sungguh unik negeri itu. Siang malam politik. Makan minum politik. Tidur malam pun mimpi politik.

Akibat politik Pas yang totok itulah, ada pandangan mengatakan UMNO susah untuk tawan kembali Kelantan. Tidak pastilah kita senarionya selepas ketiadaan Nik Aziz kelak. Namun hakikatnya faktor Nik Aziz semakin malap di Kelantan.

Nik Aziz turun padang all out di MU. Tapi dengan angka yang sebegitu kecil, beliau perlu bermuhasabah banyak-banyak.

Namun, orang Kelantan juga bijak buat pusingan pemerintahan. Mengikut trend, pusingannya ialah setiap 18 ke 20 tahun. Sebelum kerajaan Nik Aziz, BN memerintah negeri itu selama 18 tahun. Kini Pas sudah dua tahun terlebih. Ia bersilih ganti antara Pas dan UMNO.

Seperti yang saya kata cahayanya sudah kelihatan di hujung terowong. Mungkin pilihan raya umum ke-13 ini kot?

1000 ahli prk masuk umno

indakan kira-kira 1,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Bahagian Silam, Lahad Datu, Sabah keluar parti untuk menyertai UMNO semalam membuktikan parti itu tidak mampu untuk bertapak di Sabah.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, pihaknya mengalu-alukan kemasukan semua bekas ahli PKR berkenaan ke dalam UMNO dan berharap mereka boleh menjadi ahli yang setia serta tidak mengecewakan parti.

"Kita tidak mahu apa yang berlaku dalam MCA dan MIC baru-baru ini iaitu tindakan bekas Naib Presiden mereka, Datuk Dr. Chua Jui Meng dan Datuk S.S Subramaniam keluar parti untuk menyertai PKR terjadi kepada UMNO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan kira-kira 1,000 ahli PKR dari Bahagian Silam, Lahad Datu, Sabah termasuk Exco Wanita PKR Pusat, Siti Sarina Che Ismail mengumumkan keluar parti untuk menyertai UMNO.

Penyertaan beramai-ramai bekas ahli PKR ke UMNO itu diketuai oleh bekas ahli jawatankuasa perhubungan PKR negeri Sabah yang juga bekas Ketua PKR Bahagian Silam, Hassan Malempeng.

Mereka bersama-sama 23 orang bekas ketua cawangan PKR menyerahkan borang penyertaan UMNO masing-masing kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Lahad Datu, Datuk Nasrun Datu Mansur.

Menurut Hassan, beliau dan rakan-rakannya meninggalkan PKR secara sukarela selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan PKR yang tidak jelas, sebaliknya mereka yakin terhadap perubahan kepimpinan baru UMNO.

Katanya, beliau yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan ''1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan''.

Ujar Ahmad, ahli-ahli UMNO mesti setia kepada perjuangan parti dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berjuang untuk membela nasib rakyat serta membangunkan negara ini.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, tindakan itu membuktikan bahawa rakyat telah sedar hanya BN mampu memperjuangkan nasib mereka.

"Keputusan ini menunjukkan mereka telah sedar bahawa selama ini perjuangan mereka adalah sia-sia.

"Mereka telah nampak bahawa hanya BN yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat di peringkat akar umbi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Salleh, pelbagai masalah yang ditimbulkan pembangkang terutama di Semenanjung telah menyedarkan rakyat bahawa pakatan pembangkang terlalu rapuh dan hanya inginkan kuasa.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkembangan terbaru itu menunjukkan masih ramai yang berminat menyertai Barisan Nasional (BN) meskipun terdapat beberapa pemimpin BN keluar dari parti itu.

lancar perhimpunan ISA

erakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini secara rasmi mengumumkan perhimpunan besar-besaran mendesak penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1 Ogos ini.

Pengerusi NGO itu Syed Ibrahim Syed Noh berkata, agenda program pada hari tersebut belum diputuskan lagi dan dijangka akan diketahui menjelang tarikh tersebut.

Tambahnya, mereka mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), dua tahun lalu.

syed ibrahim gmiPada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Lokasi dan masa belum ditetapkan lagi, kata Syed Ibrahim di sidang media GMI di Dewan Pehimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur pagi ini.

Ditanya mengapa penangguhan tarikh himpunan tersebut sebanyak dua kali, pada Mac dan Jun, beliau berkata mereka terpaksa menghadapi pilihanraya kecil - menjelang pilihanraya parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti.

"Tetapi penangguhan tersebut ada manfaat. Kita dapat satu tarikh yang cantik," katanya.

Dalam satu kenyataannya, Syed Ibrahim berkata "tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960."

"Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjara tanpa tempoh menentu.

"Sudah tiba masanya, akta usang itu bukan sahaja dikaji semula tetapi dimansuhkan sama sekali," katanya lagi.

GMI mengatur beberapa program menjelang himpunan besar tersebut, antaranya, siri ceramah di seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum dan petisyen dalam talian.

Sidang media itu turut disertai anggota-anggota gabungan NGO itu, termasuk wakil-wakil PAS, PKR, PSM, Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pusat Wartawan Independen (CIJ).

Perhimpunan ISA

Seribu petugas Unit Amal PAS akan dikerahkan 1 Ogos ini bagi mengawal keselamatan peserta demonstrasi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) agar tidak bertembung dengan kumpulan penyokong akta tersebut.

"Bagi saya, kita sama-sama bertanggungjawab. Kita sudah bincang cara mengawal disiplin (peserta kita).

"Kawalan Unit Amal seramai seribu orang telah dikerah untuk mengawal (aspek) keselamatan sahaja," kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh.

gmi campaign launch 110408 syed ibrahimBeliau diminta mengulas pendekatan keselamatan GMI, sebagai penganjur, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dengan ribuan pendukung ISA yang dikepalai oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).

GMI juga akan mengeluarkan panduan kepada peserta Himpunan MANSUH beberapa hari lagi supaya bersedia menghadapi sebarang provokosi yang mungkin timbul pada hari tersebut, tambahnya.

"Kita juga minta kerjasama polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam bagi memantau perhimpunan ini.

"Kita mesti bertanggungjawab terhadap kumpulan masing-masing. Kalau di pihak mereka (Pewaris) juga, merekalah yang kena bertanggungjawab," kata Syed Ibrahim kepada Malaysiakini.

Diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, yang tentang kemungkinan timbul huru-hara, beliau berkata:

"Kita tidak boleh kata huru-hara. Persoalan sebenarnya, apa motif mereka (kumpulan pro-ISA) mahu berhimpun pada masa itu juga?"

Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian itu dibimbang boleh "menimbulkan huru-hara".

"Bila GMI dan Pewaris – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Ibrahim kepada Malaysiakini.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.
NONE

Datuk Seri haramkan aiskrim Magnolia

Adapun mengikut cerita sahibul hikayat pada satu ketika dahulu kala bila mana matahari belum sepanas hari ini, bila mana siang amat panjang dam malam amatlah gelap, ketika inilah hikayat kita ini berceritera.

Pada suatu hari hujan yang maha lebat telah turun. Petir sabung-menyabung. Datuk Seri dan Mak Seri - berpayungkan daun pisang – sedang cuba mencari-cari tempat untuk berteduh. Datuk Seri temengah-mengah berjalan. Mak Seri perlahan-lahan mengheret badannya seperti seekor penguin. Setiap kali Mak Seri menapak kedengaran guruh berbunyi dan bumi berkocak.

Akhirnya mereka sampailah ke satu kawasan yang amat permai dengan tasik yang maha luas. Sebuah istana tersergam indah tetapi tidak kelihatan seorang manusia pun. Di tepi istana ada sebuah rumah dua tingkat berdiri angkuh sebagai pusat kawalan.

Apabila Mak Seri ternampak rumah ini, maka dengan cepat Mak Seri membuang payung daun pisangnya dan terus menaiki tangga rumah. Dengan perlahan-lahan Mak Seri membuka pintu. Mak Seri terpaksa mengiringkan badannya untuk meluluskan diri masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Mak Seri sampai ke tengah rumah – rumah ini mula bergegar dan akhirmya runtuh-rantah.

Mak Seri jatuh tersembam. Bumi yang tidak tahan menerima berat badan Mak Seri mula berkocak. Istana bergegar sama dan akhirya runtuh. Tidak disangka-sangka gegaran menjadi gempa. Goncangan akibat terjatuhnya badan Mak Seri ini telah memecahkan tebing tasik.

Maka ditakdirkan tasik yang maha luas ini pun pecahhlah, adanya. Air pun berbuih-buihlah mengombak keluar. Maka seantero bumi pun mula ditenggelami air.

Maka banyaklah binatang dilanggar air. Semua lintang-pukang ingin menyelamatkan diri. Halilintar bergema memecah bumi. Para dinosaur bergegak gempita cuba menyelamatkan diri. Ada yang hanyut, ada yang terapung, ada yang tenggelam. Yang terapung menjadi cicak. Yang tenggelam menjadi buaya. Yang selamat menemui daratan merangkak hingga ke Melaka untuk menjadi buaya darat yang suka memakan kanak-kanak perempuan.

Ketika bumi tenggelam rupa-rupanya Datuk Seri telah menjadikan badan Mak Seri sebagai pelampung. Setelah lama terapung, pada suatu hari yang maha panas, pelampung Datuk Seri telah tersangkut di sebatang kayu.

Hari demi hari semakin banyak kayu dan sampah-sarap tersangkut di pelampung. Bila air mula kering, maka muncul tanah daratan yang menjadi benua dan gunung. Ada tanah yang menjadi pulau.

Pelampung Datuk Seri yang telah membukit kini kering kontang, lalu menjadi sebuah pulau yang kemudiannya dipanggil pulau Putera Indera. Maka Datuk Seri pun turunlah dari pelampungnya dan terus membuka negeri di Putera Indera.

Demikian adanya mengikut kisah sahibul hikayat bermulanya akan asal usul terjadinya kisah hikayat kita ini.

Seribu tahun kemudian di Pulau Putra Indera, pada tahun 3089 al-kisah ini disambung lagi.

Datuk Seri Menggeliga sedang duduk-duduk termenung memikirkan masalah yang sedang dihadapinya. Dia menggaru kepala. Tiga helai rambutnya tercabut. Dia menggaru-garu lagi, tiga helai lagi rambutnya tercabut. Dia sedang berhadapan dengan satu pilihan – nak bersabung atau tidak bersabung.

"Cam na ni Datok? Ayam kita nak masuk gelanggang atau tidak," suara Tun Bodek pembantu setia yang selalu menasihati Datuk Seri Menggeliga. Datuk Seri buat-buat tidak dengar. Telah lima kali ayam sabungnya kalah. Pelbagai cara dilakukan oleh Tun Bodek untuk memastikan ayam sabung Datuk Seri menang.

Datuk Seri pernah mengarahkan Setia Perwira Rangga tuan punya gelanggang untuk mengalih gelangang - mencari tempat basah agar ayam sabung seterunya akan kuyup. Taktik ini juga gagal. Kemudian Setia Perwira Rangga telah dua kali menaburkan racun di kawasan gelanggang. Ia juga gagal.

Kerana semua ini gagal, Setia Perwira Rangga telah diperintahkan oleh Datuk Seri untuk menetapkan tidak lebih daripada lima ribu orang sahaja yang boleh datang untuk menonton pesta sabung ayam ini. Mengikut pandangan dan nasihat Tun Bodek, jika tidak ramai orang yang datang melihat sabung, maka semangat ayam seterunya Datuk Seri akan berkurangan.

Musuh ketat ayam sabung Datuk Seri ialah orang kampung yang bernama Tok Rayat. Tok Rayat ini memiliki ayam sabung yang cukup hebat. Mengikut kisahnya, ayam sabung Tok Rayat ini datangnya dari baka ayam peliharaan orang asli Hulu Semantan.

Ayam orang asli ini dikatakan hasil dari kacokan helang batu dengan ayam denak. Hingga ke hari ini tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan ayam sabung Tok Rayat.

Datuk Seri terus berfikir. Dia sedar akan tradisi rakyat Putera Indera – sesiapa yang telah kalah sabung lebih dari tujuh kali, maka orang ini akan dihanyutkan ke sungai. Datuk Seri tak sanggup lemas tenggelam. Datuk Seri risau kalau dia kalah lagi, maka semua penyokongnya akan melarikan diri. Mereka tidak akan sama-sama bersorak di gelanggang untuk menyokong ayam sabung Datuk Seri.

Pening kepala Datuk Seri. Dia wajib memberi jawapan secepat mungkin sama ada hendak menyabung atau tidak. Datu Seri menggaru kepala lagi. Tidak ada lagi rambut yang sanggup gugur. Kali ini yang gugur hanyalah kelemumur yang telah lama bersarang di kepalanya.

Datuk Seri sedar dia telah merancang dan membuat pelbagai onar agar ayam Tok Rayat dapat dikalahkan. Kali ini dia telah putus akal. Telah lima kali dia kalah. Jika dua lagi dia kalah, maka sahihlah dia akan dihanyutkan.

Ada satu perkara yang amat-amat menyakitkan hati Datuk Seri ialah dari hari ke jam, dari jam ke minit - semakin ramai orang datang bersorak dan bertaruh. Sabung belum bermula, orang ramai telah bertaruh. Tetapi orang ramai ini semuanya meramalkan yang ayamnya akan kalah. Cukup perit hati Datuk Seri.

Malah Datuk Seri telah mendapat tahu dari Tok Bodek bahawa ramai wartawan dan majalah dari luar negara termasuk ESPN Sport Channnel telah meramalkan yang ayam sabung Datuk Seri akan menggelupur kena taji ayam Tok Rayat.

Satu ketika dahulu Datuk Seri Menggeliga telah memberi alasan bahawa yang menjaga reban ayam sabung adalah Datuk Seri Paduka Tido. Datuk Seri Paduka Tido amat senang dipersalahkan kerana dia amat jarang turun ke gelanggang. Setiap hari kerjanya hanya bergolek di atas pangkin mengira semut di tepi busut.

Sekarang Datuk Seri Paduka Tido telah dihanyutkan, maka adalah menjadi tugas Datuk Seri sendiri untuk menjaga ayam sabung di gelanggang.

Dalam hati kecil Datuk Seri telah berkata bahawa kalah sabung ini mungkin cerita biasa tetapi ada satu lagi pekara yang amat-amat ditakuti oleh Datuk Seri. Macam Pak Pandir yang menyimpan rashia takut apabila mendengar Mak Andeh menyanyikan pantun Tok Tok Kai Serondong Batang, Datuk Seri ada satu rashia yang amat-amat ditakutinya.

Bayangkan – setiap kali diadakan pesta sabung ayam, maka seluruh rakyat Putera Indera akan datang. Dalam pesta ini pasti ramai orang datang berjaja dan berjual. Keramaian seperti ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat. Datuk Seri tahu ketika berpesta seperti ini besar kemungkinan rahsianya akan terbocor.

Datuk Seri takut bila berhadapan dengan orang ramai – entah-entah rahsianya akan bocor. Tetapi Datuk Seri sedar bahawa hanya dua orang sahaja yang tahu rahsia dirinya. Dua orang ini – Datuk Baginda dan Dol Air Batu.

Datuk Baginda ini pada satu ketika dahulu amat dipercayai oleh Datuk Seri. Tetapi, walaupun dipercayai, ada kemungkinan Datuk Baginda ini telah memberi tahu isterinya tentang rahsia Datuk Seri Menggeliga.

Untuk memastikan yang rahsia Datuk Seri ini terselamat, pada satu malam yang gelap gelita Datuk Baginda dan anak bininya telah dihanyut ke dalam sungai. Lalu tugas Datuk Baginda ini telah diambil oleh Tun Bodek. Hingga ke saat hikayat ini ditulis, Datuk Seri amat senang kerana Tun Bodek ini dari hari ke hari semakin jelas menunjukkan kesetiaan kepadanya.

Tetapi bagaimana Datuk Seri akan dapat menutup mulut Dol Air Batu? Siapakah sebenarnya Dol Air Batu yang menakutkan Datuk Seri ini?

Sebenarnya Dol Air Batu ini tidak pernah bertegur sapa dengan Datuk Seri. Dia hanya peniaga kecil yang berbasikal ke hulu ke hilir sekeliling kampung berjaja. Setiap kali jika ada pesta menyabung ayam, maka Dol Air Batu ini akan membesarkan sedikit perniagaan.

Dia akan ke bandar untuk membeli air batu kerana dia tahu ketika pesta sabung-menyabung, orang yang bersorak-sorak akan dahaga - air batu sirapnya akan laris. Pada pesta yang lepas, Dol Air Batu telah membeli loceng untuk digoyangkan agar bunyi kling kling loceng akan menarik perhatian bakal pelanggan.

Di pesta menyabung yang terakhir inilah Datuk Seri telah terdengar lonceng Dol Air Batu. Datuk Seri ternampak orang berkumpul mengelilingi basikal Dol Air Batu. Apabila Datuk Seri merapati basikal Dol Air Batu, dia tergamam dan hampir jatuh pengsan. Datuk Seri macam tidak percaya apa yang terkeluar dari mulut Dol Air Batu.

Sambil menggoyangkan locengnya Dol Air batu telah melaungkan "aiskrim baru... aiskrim Magnolia... ais krim Magnolia... aiskrim Mongolia..."

Ketika itu dengan serta-merta badan Datuk Seri menggigil dan mukanya bertukar pucat.

Datuk Seri berfikir apakah Dol Air Batu tahu rahsianya. Dia hampir jatuh pengsan. Nasib baik Tun Bodek cepat datang membantu.

"Cam mana ni Datuk, orang ramai sedang menanti... tim kita masuk gelanggang atau tidak?" Suara Tun Bodek kedengaran lagi. Bila mendengar suara ini Datuk Seri tersentak daripada lamunannya. Dia bangun dari kerusi dan tercegat berdiri lalu berkata:

"Tidak... kita tidak masuk melawan kali ini. Nanti ada orang jual aiskrim dari Magnolia pula".

Tun Bodek kehairanan. Dia tidak faham apa maksud kata-kata Datuk Seri. Sebagai seorang tun bodek yang setia, walaupun tidak faham, tetapi Tun Bodek berlagak seperti faham.

Esoknya Tun Bodek memberitahu Setia Perwira Rangga yang tim sabung Datuk Seri tidak akan masuk melawan di gelanggang. Langkah cergas yang diambil oleh Tun Bodek ialah mengharam Dol Air Batu daripada menjaja ais krim Magnolia di Putera Indera.

Semuanya atas arahan Datuk Seri Menggeliga.

Sentuhan Karya yang hebat - akan dikenang

asmin Ahmad, yang meninggal dunia malam tadi, akan dikenang kerana setiap sentuhan karyanya, baik dalam filem mahupun
iklan, begitu sinonim dengan garapan yang penuh dengan elemen kasih sayang, cinta, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cukup bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk di negara ini.

NONEPengarah filem dan iklan terkenal itu, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara di sini kira-kira 11.25 malam selepas menjalani pembedahan Khamis lalu setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Dilahirkan di Bukit Treh, Muar, Johor pada 1 Julai 1958, Yasmin, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom, memenangi pelbagai anugerah di dalam negara dan di peringkat antarabangsa bagi karya-karya kreatifnya.

Isteri kepada Abdullah Tan Yew Leong itu memulakan kerjaya dalam industry pengiklanan sebagai penulis iklan di Ogilvy & Mather, sebelum menyertai firma Leo Burnett sebagai pengarah kreatif bersama pada tahun 1993 sehinggalah memegang jawatan sebagai pengarah kreatif eksekutif di Leo Burnett kini.

Kehebatan Yasmin dapat dilihat dalam banyak iklan komersial Petronas kerana mampu mencuit dan meruntun hati penonton dengan sentuhan karyanya, lapor Bernama.

Tidak keterlaluan sekiranya ramai yang akan merindui buah tangan pengarah kreatif itu terutamanya untuk iklan-iklan menjelang sambutan Hari Raya Aidlfitri September ini.

Sering dipuji sebagai pengarah iklan, nama Yasmin bagaimanapun cukup kontroversi di arena pefileman tanah air berdasarkan keterbukaan dan keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan.

Anugerah Filem terbaik


NONEMalah tidak sah jika filem nukilan Yasmin tidak dikritik kerana sejak filem pertamanya Rabun pada 2003, filem-filem lain arahan Yasmin iaitu Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009), turut menerima nasib sama.

Bagaimanapun, di sebalik kritikan, masih ada yang menilai filem-filem Yasmin dari sudut berbeza sehingga beberapa filem beliau termasuk Sepet diangkat untuk memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem
Malaysia 2005.

Filem Sepet juga memenangi anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo pada 2005 dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil pada 2005.

Filem Gubra pula memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik diPesta Filem Malaysia 2006.

Filem Muhsin mencatat kejayaan dengan mengungguli Generasi kplus - Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Berlin selain diangkat sebagai Filem Asean Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007.

NONEFilem Muallaf pula memenangi Anugerah Filem Asia - Sebutan Khas di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo 2008.

Selain memenangi anugerah antarabangsa, filem arahan Yasmin banyak menerima pujian dan kritikan daripada masyarakat serta mendapat liputan media tempatan dan luar negara yang meluas.

Filem-filem Yasmin juga mendapat pengiktirafan dari negara luar apabila ditayangkan di Berlin, San Francisco, Singapura dan di Festival Filem Cannes yang memberi peluang kepada Yasmin untuk terus menghasilkan filem yang dikatakan mempunyai identiti tersendiri.

Telah Bersemadi

Sementara itu, Bernama melaporkan, jenazah Yasmin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham ditempatkan di Masjid Abu Bakar
As-Siddiq bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi enghormatan terakhir.

Jenazah itu disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12 tengah hari.

Suasana sedih dan sepi menyelubungi perkarangan masjid yang dihadiri lebih 200 orang termasuk saudara mara Allahyarham dan penduduk kawasan berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir serta mengiring jenazah ke tapak perkuburan.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut hadir pada upacara pengebumian itu berkata kredibiliti Allahyarham sebagai pengarah filem bertaraf antarabangsa akan dikenang dan negara kehilangan pengarah yang berbakat.

"Kami (rakan-rakan yang mengenali Yasmin) begitu sedih dengan pemergiannya. Sebenarnya, satu perundingan antara Yasmin dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd) telah dibuat untuk mengeluarkan lebih banyak filem dan tayangan berbentuk komersial bertemakan 1Malaysia dan perpaduan kaum," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Tony Fernandez berkata arwah seorang insan yang sangat istimewa kerana sentiasa mempunyai idea-idea dalam menghasilkan karya bermutu bagi merealisasikan konsep 1Malaysia.

Penulis lirik terkenal Habsah Hassan berkata walaupun arwah bersikap terbuka dan karyanya sering menimbulkan kontroversi berdasarkan keterbukaan serta keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan, namun pemergian Allahyarham suatu kehilangan besar dunia seni perfileman tanahair.

"Tempat Yasmin sebagai pengarah filem tidak dapat dicari ganti, beliau cepat mesra dan mudah menarik perhatian orang. Itu merupakan satu sikap yang bagus sebagai seorang pengarah bagi menjalinkan kerjasama di kalangan pelakon untuk berlakon di bawah arahannya," katanya.

Pengarah filem terkenal Othman Hafsham berkata, walaupun beliau tidak begitu mengenali arwah, namum arwah banyak berkongsi idea dengannya dalam menghasilkan karya-karya filem dan iklan tv yang bermutu tinggi.

"Arwah seorang karyawan yang sentiasa mempunyai idea bernas dalam karyanya ...membudayakan hidup perpaduan kaum di dalam karyanya. Di tanah perkuburan ini dapat dilihat semangat itu yang menyatukan kaum di negara ini," katanya.

Senator Tan Sri Jins Shamsudin turut memberikan pandangan yang sama terhadap arwah sebagai seorang pengarah yang berpotensi dan mempunyai kebolehan luar biasa dalam menghasilkan karya-karyanya.

Pihak media tidak dibenarkan membuat liputan dan merakam gambar semasa jenazah disembahyangkan dan pada upacara pengkebumian.i

Tiada Lagi filem realiti malaysia - Pemergian Yasmin Ahmad

Sementara itu, Bernama melaporkan, jenazah Yasmin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham ditempatkan di Masjid Abu Bakar
As-Siddiq bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi enghormatan terakhir.

Jenazah itu disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12 tengah hari.

Suasana sedih dan sepi menyelubungi perkarangan masjid yang dihadiri lebih 200 orang termasuk saudara mara Allahyarham dan penduduk kawasan berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir serta mengiring jenazah ke tapak perkuburan.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut hadir pada upacara pengebumian itu berkata kredibiliti Allahyarham sebagai pengarah filem bertaraf antarabangsa akan dikenang dan negara kehilangan pengarah yang berbakat.

"Kami (rakan-rakan yang mengenali Yasmin) begitu sedih dengan pemergiannya. Sebenarnya, satu perundingan antara Yasmin dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd) telah dibuat untuk mengeluarkan lebih banyak filem dan tayangan berbentuk komersial bertemakan 1Malaysia dan perpaduan kaum," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Tony Fernandez berkata arwah seorang insan yang sangat istimewa kerana sentiasa mempunyai idea-idea dalam menghasilkan karya bermutu bagi merealisasikan konsep 1Malaysia.

Penulis lirik terkenal Habsah Hassan berkata walaupun arwah bersikap terbuka dan karyanya sering menimbulkan kontroversi berdasarkan keterbukaan serta keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan, namun pemergian Allahyarham suatu kehilangan besar dunia seni perfileman tanahair.

"Tempat Yasmin sebagai pengarah filem tidak dapat dicari ganti, beliau cepat mesra dan mudah menarik perhatian orang. Itu merupakan satu sikap yang bagus sebagai seorang pengarah bagi menjalinkan kerjasama di kalangan pelakon untuk berlakon di bawah arahannya," katanya.

Pengarah filem terkenal Othman Hafsham berkata, walaupun beliau tidak begitu mengenali arwah, namum arwah banyak berkongsi idea dengannya dalam menghasilkan karya-karya filem dan iklan tv yang bermutu tinggi.

"Arwah seorang karyawan yang sentiasa mempunyai idea bernas dalam karyanya ...membudayakan hidup perpaduan kaum di dalam karyanya. Di tanah perkuburan ini dapat dilihat semangat itu yang menyatukan kaum di negara ini," katanya.

Senator Tan Sri Jins Shamsudin turut memberikan pandangan yang sama terhadap arwah sebagai seorang pengarah yang berpotensi dan mempunyai kebolehan luar biasa dalam menghasilkan karya-karyanya.

Pihak media tidak dibenarkan membuat liputan dan merakam gambar semasa jenazah disembahyangkan dan pada upacara pengkebumian.

E-mel spam guna nama Michael Jackson

Pemilik akaun e-mel dinasihatkan berhati-hati sekiranya menerima mel elektronik yang dihantar daripada alamat pengirim yang menggunakan nama bekas Raja Pop Dunia, Michael Jackson.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan Syamantec Corporation, semalam, e-mel spam itu dihantar ke seluruh dunia menggunakan tajuk 'Remembering Michael Jackson' dan disertakan fail lampiran 'Michael song and picture.zip' boleh menjejaskan sistem komputer individu dan syarikat.

"Symantec mengesan virus ini sebagai W32.Ackantta.F@mm. Perlu

diingatkan bahawa virus ini bukan saja merebak melalui emel, malah melalui peranti pemboleh ubah lain seperti cakera pemacu.

"Individu atau syarikat dinasihatkan melindungi komputer peribadi mereka dengan memuat turun perisian antivirus atau mengemaskini setiap masa selain menggunakan antivirus seperti Norton Internet Security dan Norton 360 sebagai langkah kawalan," katanya.


Jackson dikebumi cara Islam - satu pendusta

Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam.

"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.

"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.

Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya.

Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.

Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.

Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles.

Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.

Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam.

jikalau ia benar .. knp keranda mj bersadur emas dan kenapa memerlukan keranda .. sebagai orang islam cukuplah sekadar kain kapan yang berwarna putih serda berdoa ... bukan nya konsert atau sebagainya.... fikir-fikirlah

Benar......otak mj tak di kebumikan ...Keranda pula emas ....

Keluarga Raja Pop dari Amerika Syarikat, Michael Jackson dilaporkan mahukan keranda penyanyi itu ditutupi konkrit bagi menghalang peminatnya daripada menggali dan mencurinya.

Selain itu, mayat penyanyi itu juga akan dikebumi tanpa otaknya yang ada di pejabat perubatan. Otak Jackson masih diuji untuk mengetahui punca kematiannya tetapi keluarga penyanyi itu tetap meneruskan pengebumiannya.

Jackson akan dikebumikan dalam sebuah keranda jenis 'Promethean' yang dilengkapi dengan lapik baldu biru dan kemasan cermin.

Penyanyi terbabit juga akan dipakaikan kostum pentas sebelum ditempatkan dalam keranda bersadur emas terbabit bersama beberapa barangan semasa hidup beliau termasuk satu sarung tangan putih yang gemar dipakai beliau.

Bagaimanapun, ada laporan media Amerika memetik seorang rakan keluarganya mahukan keranda itu ditutupi konkrit sebaik saja selepas upacara pengebumian yang dijangka dibuat secara rahsia sebelum upacara penghormatan terakhir umum Selasa ini kerana dibimbangi ada peminat fanatik cuba menggali kuburnya.

Berjuta peminat dijangka hadir majlis memperingati Jackson di Neverland. Jackson yang mati pada usia 50 tahun dijangka dikebumikan sementara di sebuah perkuburan.

Tetapi, tempat persemadian kekal sudah ditetapkan oleh ahli keluarganya di Neverland, barat laut Los Angeles, kediaman penyanyi itu sehingga 2005.

Tempat itu bersebelahan stesen keretapi dalam Neverland. Jackson pernah menaiki kereta api yang dinamakan sempena nama ibunya, Katherine setiap hari untuk ke zoo persendirian di rumahnya itu.

Adalah menyalahi undang-undang California untuk mengebumikan mayat di luar kawasan perkuburan tetapi keluarga penyanyi itu akan mencabar perkara berkenaan.

Bagaimanapun, ia dijangka mengambil masa berbulan-bulan untuk mendapatkan kebenaran undang-undang. Kawasan pengebumian awal dijangka di Forest Lawn Memorial Park yang turut menyaksikan bintang seperti Marvin Gaye dan Bette Davis dikebumikan.

Bagaimanapun, keluarga itu akan memutuskan untuk menetapkan lokasi sebenar kawasan perkuburan sebagai rahsia sebelum membawa keranda penyanyi itu ke Neverland.

Selain bimbangkan risiko adanya pihak yang akan mengorek mayat beliau, ahli keluarga juga bimbang bahawa kubur itu akan diceroboh atau diconteng berikutan perbicaraan beliau pada 2005 lalu membabitkan dakwaan terhadap penderaan kanak-kanak.